Berita Harian

Ikon fesyen, Puteri Diana terus dikenang

Istana Kensington pamer busana ikonik selepas 20 tahun pemergian

-

Ketika hayatnya, Puteri Diana dikagumi sebagai ikon fesyen kerana setiap penampilan­nya sentiasa kena hingga tiada cacat celanya pada pandangan mata setiap penggemar fesyen di seluruh dunia.

Evolusi fesyen mendiang puteri diraja berkenaan terus dikenang hingga diabadikan menerusi satu pameran, “Diana: Cerita Fesyennya” di Istana Kensington, di barat London, sejak Februari lalu.

Antara pakaian yang dipamerkan termasukla­h blaus Emanuel berkolar merah jambu pucat yang dipakainya untuk rakaman potret rasmi sempena pertunanga­n beliau dengan Putera Charles dan gaun baldu biru yang cukup terkenal dipakainya ketika menari bersama pelakon, John Travolta di Rumah Putih pada 1985.

Turut dipamerkan untuk kali pertama adalah sut Emanuel biru tartan yang dikenakan ketika satu lawatan rasmi ke Venice, Itali pada tahun 1980-an

Kurator pameran berkenaan, Eleri Lynn berkata, bekas isteri Putera Charles itu disifatkan sebagai ikon fesyen pada zamannya sama seperti aktres dan model terkemuka British tahun 50-an, Audrey Hepburn atau bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Jackie Kennedy.

Ikon fesyen di zamannya

“Puteri diraja itu membawa ramai pereka fesyen

British ke pentas dunia dan pakaiannya menjadi ikutan di seluruh dunia.

“Diana turut mempopular­kan gaya romantik pada awal 80-an, gaya glamour ‘Dynasty’ ketika akhir 80-an dan ‘sleek silhouette­s’ pada 90-an.

“Menariknya, ketika semua setiap gaya ini muncul semula di pentas peragaan dari semasa ke semasa, ia tidak dapat dipisahkan daripada imej puteri berkenaan,” katanya.

Selepas hampir 20 tahun pemergian ibu kepada Putera William dan Putera Harry itu, orang ramai berpeluang menyaksika­n pameran yang berlangsug sepanjang tahun ini.

 ??  ??
 ??  ?? Pakaian digayakan waktu berbulan madu di Balmoral, Scotland pada 1981.
Pakaian digayakan waktu berbulan madu di Balmoral, Scotland pada 1981.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia