Berita Harian

Gaya klasik

-

Jenama kasut, French Sole yang terkenal sebagai Queen of Ballet Flats memperkena­lkan koleksi musim luruh dan sejuk

2017 dengan paparan corak, material dan keselesaan yang menakjubka­n.

Kali ini ia mengimbau kembali nostalgia dengan memperkena­lkan koleksi minimal klasik dengan gaya tahun 60-an iaitu palet warna monokrom.

Didatangka­n dalam corak baldu, berkilauan, haiwan dan kulit yang mewah dalam warna gelap. Antara yang harus dimiliki ialah Boardwalke­r dengan gaya kasual, sulaman perak bercorak seperti kunci, matahari, bulan dan bintang.

Koleksi Henrietta, India, Moocher pula menggunaka­n material tweed.

Buatan tangan sepenuhnya

Menariknya ia dihasilkan dengan buatan tangan sepenuhnya oleh generasi ketiga di Eropah dan turut menghasilk­an koleksi Midnight Garden yang menggabung­kan baldu mewah dan sulaman dengan corak bunga dan hidupan liar.

Gabungan warna iaitu biru, merah, putih dan merah jambu menyerlahk­an penampilan.

Koleksi Hefner didatangka­n dalam warna hitam dan biru, dihiasi dengan sulaman seperti lebah, ramarama yang menyerlahk­an aspek flora dan fauna.

Tampil berbeza, koleksi Love Heart warna hitam dan gemerlapan berbentuk hati, mempamerka­n sisi glamor.

Dua gaya

Koleksi ketiga, Patch Perfect

corak haiwan dengan warna merah, merah jambu baldu dan sulaman.

French Sole sneaker

adalah kasut kasual yang didatangka­n dalam dua gaya, gabungan warna hitam baldu dengan serlahan sulaman bunga dan lebah.

Koleksi dan dengan warna terang dan corak haiwan seperti harimau bintang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Moocher, Arabella, Henrietta Simple
Moocher, Arabella, Henrietta Simple
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia