Berita Harian

Inspirasi jadi diri sendiri

-

sukan global, Puma meneruskan komitmen memberi inspirasi kepada wanita menjadi diri sendiri menerusi kerjasama dengan model, Cara Delevingne dalam program ‘Do You’ Docuseries yang diadakan di Central Saint Martins College.

Beliau turut bekerjasam­a dengan Puma menghasilk­an empat filem pendek yang merangkumi topik memperkasa­kan belia menerusi puisi dan pertahanan diri.

‘Do You’ Docuseries menyatukan wanita menerusi empat bidang berbeza iaitu bercerita dengan berani dan penuh keyakinan.

Filem pertama memaparkan Cara membantu Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) dalam satu lawatan ke penempatan pelarian di Uganda.

Hasilkan tali sneakers

Episod kedua, beliau bertemu Monique, Alexis dan Violeta dari Get Lit, kumpulan yang menggunaka­n puisi untuk meningkatk­an celik huruf dan memperkasa­kan remaja di Los Angeles.

Episod tiga menyaksika­n pengasas dan tenaga pengajar Martial Smarts, Dr Ryhana Dawood mengajar Cara ilmu mempertaha­nkan diri.

Cara berkata, projek berkenaan disifatkan pengalaman paling berharga sepanjang hidupnya yang turut mengubah kehidupann­ya.

Puma dan Cara bekerjasam­a menghasilk­an tali sneakers yang mula berada di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah, sejak 27 Julai lalu.

Jualan bagi tali kasut berkenaan

akan disalurkan kepada UNHCR, sebuah pertubuhan yang dekat dengan

Cara apabila beliau terbabit dalam program sukarelawa­n di Uganda.

 ??  ?? Cara (dua dari kiri) bersama wanita terbabit dalam program ‘Do You’ Docuseries
Cara (dua dari kiri) bersama wanita terbabit dalam program ‘Do You’ Docuseries
 ??  ?? Sneakers dengan tali hasil kerjasama Cara dan Puma.
Sneakers dengan tali hasil kerjasama Cara dan Puma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia