Berita Harian

Aksesori sentuhan Selena Gomez

-

Coach mengumumka­n koleksi terbaharu Coach x Selena Gomez hasil kolaborasi penyanyi dan aktres itu bersama Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers.

Koleksi yang menawarkan pelbagai barangan kulit dan aksesori ini adalah sentuhan peribadi Gomez sendiri yang memaparkan gaya ala Amerika.

Koleksi Selena Grace memaparkan mesej seperti

strong dan

first yang ditulis tangan oleh Selena sendiri.

Selena Grace adalah lambang kemewahan dan ketulenan Coach yang diberikan sentuhan personalit­i lebih muda.

Ia boleh didapati dalam tiga warna eksklusif iaitu dan

Antara koleksi yang boleh didapati termasuk dompet dan

Sesuai digayakan siang, malam

Vevers berkata, ia sesuatu yang menyeronok­kan ketika menghasilk­an koleksi berkenaan bersama Selena yang memaparkan sentuhan feminin seperti beliau sendiri.

“Apabila kami mereka Selena Grace, ia adalah mengenai meneroka kualiti yang dimahukan Selena dalam sebuah beg tangan dan menghasilk­an sesuatu yang cukup peribadi kepadanya,” katanya.

Sementara itu, Gomez berkata, beliau cukup gembira kerana akhirnya dapat melihat hasil daripada rekaan yang dibuat bersama Stuart.

“Saya tidak sabar untuk membawanya, ia cukup versatil, sesuai dipakai siang atau malam dan sesuai dengan apa saja,” katanya.

Koleksi Coach x Selena Gomez boleh didapati di semua butik Coach di seluruh negara mulai 1 September ini.

 ??  ??
 ??  ?? Selena Black Cherry, Selena White Selena Red.
charm beg,
Selena Wristlet.
Selena Black Cherry, Selena White Selena Red. charm beg, Selena Wristlet.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Koleksi Selena Grace adalah sentuhan feminin Selena Gomez sendiri.
Koleksi Selena Grace adalah sentuhan feminin Selena Gomez sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia