Berita Harian

Kepuasan menikmati secawan kopi

Che Ahmad dalami ilmu pembuatan minuman digemari sehingga ke Itali

-

Berpengala­man selama lebih 14 tahun dalam bidang makanan dan minuman (F&B) membuatkan anak muda ini menempuh pelbagai pengalaman pahit manis yang takkan mungkin dilupakan.

Apatah lagi sejak tiga tahun lalu, minatnya terhadap kopi menjadikan Che Ahmad Izah sanggup mendalami ilmu pembuatan minuman itu di Monte Cerignone, Itali pada 2014.

Selama dua minggu berada di sana, dia mengakui, sikap dan pemikiran serta budaya masyarakat Itali terhadap minuman kopi ternyata berbeza.

“Boleh dikatakan kebanyakan­nya akan memesan minuman ‘espresso’ yang akan diminum begitu sahaja atau ditambah dengan sedikit gula perang.

“Mereka akan beratur, membuat bayaran dan beredar selepas menerima minuman yang dipesan.

“Lagi satu, minuman ini tidak dibiarkan lama kerana rasanya akan berubah, malah perlu diminum spontan supaya keaslian pati biji kopi itu dapat dinikmati,” katanya.

Fahami teknik pilih biji kopi

Che Ahmad berkata, pada mulanya memang agak kekok untuk mengikut ‘trend’ orang di Itali, malahan dia terkejut kerana diberikan secawan susu panas selepas memesan ‘latte’.

“Kalau kita di sini, ‘latte’ adalah kopi yang dicampur susu, tetapi di Itali, ia adalah susu yang dipanaskan.

“Selepas diterangka­n oleh seorang pelanggan yang boleh berbahasa Inggeris, barulah saya faham yang menunya berbeza.

“Saya belajar menikmati ‘espresso’, mendalami teknik pemilihan biji kopi, pengendali­an mesin sehinggala­h cara pembuatan minuman untuk dihidangka­n kepada pelanggan,” katanya.

Persoalkan saiz cawan

Che Ahmad yang kini bekerja sebagai Pengurus Operasi Cafe Pascucci Malaysia mengakui, segelintir masyarakat tempatan lebih mementingk­an kuantiti berbanding kualiti.

“Adalah normal apabila cawan kopi luar negara saiznya kecil, namun rasanya padat ditambah dengan aroma asli setimpal dengan harga yang dibayar.

“Itulah matlamat saya dalam menghidang­kan kopi terbaik untuk pelanggan, namun kadangkala ada yang mempersoal­kan saiznya yang kecil dan tidak puas dengan hanya secawan.

“Sebenarnya , minuman yang disediakan di lokasi ini memiliki semua rasa yang sama kerana proses penyediaan­nya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Ketagihann­ya terhadap kopi dapat membantu membekalka­n tenaga yang

diperlukan­nya setiap hari.

Minum sekadar ikut-ikutan

Rutin harian Che Ahmad bermula dengan secawan Americano iaitu kopi tanpa gula dan susu.

Dari secawan, kadangkala boleh mencecah hingga 10 cawan sekiranya sibuk menguruska­n kafe dan melawat tiga lagi kafe lain yang menggunaka­n kopi jenama ini.

“Ada kepuasan yang tak dapat digambarka­n, malah hanya dapat dirasai oleh peminum kopi tegar lain,” katanya.

Menurutnya, peminum kopi atau sesiapa sahaja boleh bertanya kepada ‘barista’ mengenai jenis kopi yang sesuai untuk mereka minum.

“Kadangkala, tidak dinafikan minum kopi ini adalah berdasarka­n ikutikutan atau trend sematamata untuk nampak cool atau hipster sedangkan mereka tidak tahu apa yang mereka minum sebenarnya.

“Saya berharap sesiapa saja yang ingin cuba minum akan bereksperi­mentasi dengan bertanya jenis kopi yang sesuai diminum mengikut kesukaan mereka, sekali gus berbaloi dengan harga yang dibayar,” katanya.

Hati kena kental

Dia juga berkata, kerjaya ini bukan dijadikan platform kerja sambilan semata mata, malah memberi peluang kepada diri untuk belajar dan berkembang.

“Saya bertahan lama dalam industri ini kerana memang suka dengan tugasan sekarang, malah selesa membahagik­an masa walaupun tidak bekerja mengikut waktu pejabat.

“Tip untuk anak muda yang ingin menjadikan bidang penyediaan makanan dan minuman, perkara paling penting yang saya perlukan tekankan ialah hati kena kental.

“Bukan mudah untuk membancuh kopi, menyediaka­n minuman, menguruska­n kafe dan staf, namun minat akan mengatasi segala kesukaran yang merintangi,” katanya.

Saya belajar menikmati ‘espresso’, mendalami teknik pemilihan biji kopi, pengendali­an mesin sehinggala­h cara pembuatan minuman untuk dihidangka­n kepada pelanggan”

Che Ahmad Izah, Pengurus Operasi Cafe Pascucci Malaysia

 ??  ??
 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH ] ?? Che Ahmad menjalanka­n tugas di Pascucci, Sunway Pyramid.
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH ] Che Ahmad menjalanka­n tugas di Pascucci, Sunway Pyramid.
 ??  ??
 ??  ?? Che Ahmad memberi penerangan mengenai minuman kopi yang sesuai untuk pelanggan.
Che Ahmad memberi penerangan mengenai minuman kopi yang sesuai untuk pelanggan.
 ??  ?? Che Ahmad (tengah) melayan pelanggan.
Che Ahmad (tengah) melayan pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia