Berita Harian

Dilema kena usir dari rumah nenek

-

Keadaan ini sudah tentu membuatkan Munawarah dan keluarga berasa sedih dan mungkin tidak pasti apa yang perlu dilakukan, lebih-lebih lagi apabila diminta untuk keluar dari tempat perlindung­an yang selama ini menjadi tempat berteduh.

Namun, Munawarah perlulah mengumpul tenaga dan kekuatan semangat bagi menghadapi cabaran kehidupan ini.

Pertama sekali, Munawarah perlu berbincang dengan bapa saudara dengan baik bagi mendapatka­n budi bicara beliau untuk mengizinka­n Munawarah dan keluarga tinggal di rumah itu sehingga mendapat tempat baharu.

Beri tempoh waktu yang sesuai sehingga Munawarah yakin akan mendapat rumah sewa. Sementara itu, berpakat dengan ibu supaya tidak menimbulka­n situasi tegang ketika berbincang mengenai perkara ini.

Usaha tingkat pendapatan

Mudah-mudahan perkara ini melembutka­n hati beliau sehingga Munawarah mendapat rumah sewa.

Kedua, Munawarah dan keluarga perlu merancang tindakan yang perlu diambil segera, khususnya bagi meningkatk­an sumber pendapatan. Mungkin ibu boleh memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan

Munawarah juga mungkin boleh membuat kerja sambilan bagi meningkatk­an kewangan keluarga.

Paling penting, Munawarah perlu teruskan usaha meningkatk­an taraf hidup keluarga. Dugaan seperti ini membantu Munawarah meningkatk­an tahap resiliensi yakni ketahanan daya tindak dalam diri dan menjadikan Munawarah insan yang lebih berjaya.

Dapatkan bantuan agensi berkaitan

Selain itu, Munawarah juga boleh bertanyaka­n kepada agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang boleh membantu Munawarah dan ibu untuk mendapatka­n pelbagai bentuk bantuan bagi memulakan kehidupan baharu.

Sebagai contoh, Munawarah dan ibu boleh pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampira­n bagi mendapatka­n maklumat dan jenis bantuan yang mungkin ibu Munawarah layak sebagai penerima, atau ke Pejabat Pembanguna­n Wanita Negeri bagi membantu Munawarah dan ibu mengikuti kursus kemahiran tertentu yang boleh digunakan bagi menjana pendapatan.

Sebagai anak sulung, Munawarah perlu kuat dan bersemanga­t membantu keluarga. Jangan jadikan cabaran ini melemahkan diri Munawarah. InsyaAllah dengan sedikit usaha, Munawarah dan keluarga lebih bahagia menjalani kehidupan ini dengan titik usaha sendiri.

 ?? [FOTO HIASAN ] ??
[FOTO HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia