Berita Harian

Di mana suami Ezzaty?

-

Ketika malam gala filem diadakan di Mutiara Damansara, baru-baru ini, pelakon wanita utamanya, Ezzaty Abdullah, dilihat hadir tanpa ditemani suami, Azwan Kombos.

Ketidakhad­iran aktor terbabit untuk memberikan sokongan kepada isteri yang muncul kali pertama memegang watak utama di layar perak, selain dirinya sendiri kini hamil enam bulan, tentu saja menimbulka­n tanda tanya.

Apakah Ezzaty enggan membenarka­n suaminya menemani beliau pada majlis tayangan terbabit berikutan filem arahan Jason Chong terbitan Grand Brilliance itu turut memaparkan adegan intim mesra bersama rakan gandingan, Bront Palarae?

Terus pulang ke rumah

Ezzaty bagaimanap­un menjelaska­n, ketiadaan Azwan adalah bersebab.

“Jika diikutkan, saya memang mahu dia ada bersama untuk memberikan sokongan. Apatah lagi inilah kali pertama saya ditampilka­n sebagai teraju utama.

“Namun apakan daya, pada malam gala berlangsun­g, suami masih dalam penerbanga­n dari Sabah ke ibu kota selepas menjalani penggambar­an di sana.

“Dia tiba di Kuala Lumpur kirakira jam 11.30 malam, ketika majlis sudah hampir tamat. Justeru, dia ambil keputusan untuk pulang saja ke rumah,” katanya.

Maklum suami awal-awal

Menurut Ezzaty, sejak awal lagi beliau sudah memaklumka­n suaminya mengenai kewujudan babak mesra dalam filem berkenaan.

“Dia ada berseloroh dengan saya, dirinya

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia