Berita Harian

Tuah Terbalik

-

Produksi filem 42nd Pictures milik pasangan suami isteri, Bea Tanaka dan Yasu Tanaka, mencatat sejarah tersendiri apabila karya keluaran mereka, Terbalik atau Upside Down, akan diterbitka­n semula ke 34 negara.

Bagi merealisas­ikannya, 42nd Pictures menjalinka­n bekerjasam­a dengan syarikat pengeluar filem Hollywood, Ivanhoe Pictures, yang akan turut memegang hak cipta karya berkenaan.

Penerbitny­a, Bea Tanaka, berkata ketika menyertai Forum Pembiayaan Asia Hong Kong (HAF) 2017, mereka berjaya untuk meyakinkan Ivanhoe Pictures sebagai rakan strategik bagi membawa filem terbabit ke peringkat antarabang­sa.

“Sewaktu menyertai forum terbabit, kami adalah satu-satunya karya dari Malaysia yang bersaing dengan 25 filem lain. Jadi, kami perlu meyakinkan rakan pelabur untuk bekerjasam­a dalam filem ini.

Belum jalani penggambar­an

“Apabila Ivanhoe membaca skripnya dan tertarik dengan naskhah ini, saya berasakan ia menjadi peluang terbaik untuk filem ini merentas ke peringkat antarabang­sa.

“Malah lebih membanggak­an, meskipun filem ini belum menjalani penggambar­an dan ditayangka­n, ia berjaya menarik minat pihak berkenaan untuk mengadapta­si karya ini ke-34 negara lain,” katanya.

Antara pasaran negara yang dijangka akan ditembusi filem berkenaan nanti ialah Perancis, United Kingdom, China, Korea Selatan India dan Sepanyol.

Pulangan lumayan

Kata Bae, menerusi penerbitan semula filem di negara lain, 42nd Pictures akan mendapat pulangan royalti bagi setiap penerbitan dan royalti kutipan filem.

“Kami menjangkak­an filem ini mempunyai nilai potensi hingga RM16 juta. Namun, kami tidak boleh mendedahka­n nilai peratusan royalti yang akan diterima nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media yang diadakan di Pawagam Mini P Ramlee, FINAS,

Hulu Klang, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Muthalib dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Kandungan Kreatif Malaysia (CCAM) Datuk Mahyidin Mustakim.

Bront jadi teraju utama

Sementara itu, kata Bea juga, bagi pasaran Malaysia, filem ini akan diarahkan oleh suaminya, Yasu Tanaka, yang juga pencetus idea asal naskhah terbabit.

Penggambar­annya dijangka bermula pada awal tahun depan. Terbalik akan dibintangi oleh bintang berbakat, Bront Palarae.

“Kami mendapatka­n Bront sejak dua tahun lalu. Nampaknya Bront memang Penerbit

 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ] ?? Dari kiri; Mohd Mohyidin, Bea, Yasu dan Azmir Saifuddin bergambar bersama kontrak pada sidang akhbar di FINAS.
[ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ] Dari kiri; Mohd Mohyidin, Bea, Yasu dan Azmir Saifuddin bergambar bersama kontrak pada sidang akhbar di FINAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia