Berita Harian

Menari turunkan berat badan

-

Kembali ke persada seni dengan buah tangan baharu juga, Stacy harus tampil dengan imej memikat hati, termasuk perlu menurunkan berat badan.

“Sebelum hamil dulu, berat badan saya sekitar 52 kilogram (kg). Namun ketika hamil, ia mencecah 70kg. Lepas bersalin, berat itu berkuranga­n ke 62kg.

“Sekarang, berat saya sudah menurun hingga 53kg. Saya akui, hendak menurunkan satu kilogram pun agak susah. Maklum saja, saya bersalin secara pembedahan.

“Gambar promosi single baharu saya ini memang menampakka­n berat badan terkini. Tak ada suntingan langsung,” katanya.

Bagi menurunkan berat badan, Stacy mengaku memang banyak berpantang.

“Saya lebihkan bersenam, terutama menari. Saya berbuat demikian dalam tiga hingga empat kali seminggu. Setiap sesi menari, saya habiskan dalam dua hingga tiga jam. Kalau tiada latihan menari di studio, di rumah pun saya menari juga.

“Saya juga menjaga makan. Saya juga sebelum ini tidak menyentuh nasi. Sekarang, kalau saya teringin sangat nak makan nasi pun, saya ambil sedikit saja,” katanya.

Tak kesal kahwin awal

Mengenai kehidupann­ya kini sejak berumah tangga pada Februari 2016, Stacy menyifatka­n ia detik penuh magis.

“Kehidupan kini memang sangat indah. Saya tidak pernah rasa menyesal berkahwin pada usia yang boleh dikatakan muda. Ia sebenarnya pengalaman yang indah.

“Bukan sematamata dengan adanya teman bernama suami di sisi, tetapi juga dengan kehadiran anak. Kalau saya berasa tertekan atau buntu, lihat saja anak depan mata, ia membuatkan kita rasa semua masalah hilang.

“Akim sendiri sangat memberikan sokongan. Kalau dia ada di rumah, pasti dirinya akan membantu saya menjaga anak,” katanya yang menjaga sendiri dua anak mereka, dengan pertolonga­n pembantu rumah.

Peluang teman lain

Sementara itu, menyentuh ketiadaan dirinya dalam program AF Megastar yang akan menemui penonton dalam masa terdekat,

Stacy berkata, peluang berkenaan boleh dinikmati mereka yang lain pula.

Selain dirinya, empat lagi bekas juara yang tidak terbabit dalam rancangan berkenaan ialah Vince, Mawi, Hafiz dan Hazama.

“Bukannya saya tidak mahu reunion dengan bintang AF lain. Ikutkan hati, memang saya mahu turut serta kerana dapat bertemu kembali kawan sealiran. Cuma saya percaya peluang itu boleh diutamakan kepada mereka yang lain.

“Saya sendiri, sejak hampir sedekad lalu, sudah diberi sedikit kelebihan dan tempat di persada seni. Jadi, biar saya teruskan apa yang ada ini.

“Tambahan pula saya sibuk dengan komitmen seni kerana baru muncul dengan single baharu, komitmen terhadap keluarga dan anak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Dua hati membahagia­kan kehidupan Stacy dan Akim.
Dua hati membahagia­kan kehidupan Stacy dan Akim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia