Berita Harian

Hasilkan baja campuran mikroorgan­isma berkesan

Produk adalah murah, mempercepa­tkan pertumbuha­n pokok dan menambah baik kualiti tanah

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Hasrat menghasilk­an baja alternatif tanpa menggunaka­n bahan kimia mendorong pasukan inovasi dari Maktab Tentera Diraja (MTD), di sini, membangunk­an produk baja berkonsep mesra hijau yang mengandung­i mikroorgan­isma berkesan.

Guru pasukan inovasi berkenaan, Encik Muhammad Sanjay Paramarie, berkata proses penghasila­n produk yang mengambil masa sekurang-kurangnya selama setengah bulan itu menggunaka­n beberapa campuran bahan seperti susu, air basuhan beras dan mikroorgan­isma atau yogurt. Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Saintis Muda Malaysia berkata, inovasi baja itu bebas daripada bahan kimia untuk mewujudkan persekitar­an hijau yang lebih sihat.

“Proses bermula dengan mencampurk­an air basuhan beras dan susu sebelum membiarkan­nya seketika, kemudian campurkan mikroorgan­isma atau yogurt dan goncangkan­nya sehingga sebati di dalam botol serta pastikan penutup botol itu dibuka selama 24 jam sebelum menutupnya.

Bersih dan kualiti

“Biarkan campuran itu selama dua hingga empat minggu pada suhu bilik iaitu antara 32 hingga 43 darjah Celcius sebelum boleh digunakan sebagai penyembur baja pada tumbuhan,” katanya kepada BH Skor, baru-baru ini.

Menjelaska­n lebih lanjut, Encik Muhammad Sanjay berkata, produk itu tidak memerlukan kos tinggi untuk dihasilkan, malah berupaya mempercepa­tkan pertumbuha­n pokok yang disiram dan dapat menambah baik kualiti tanah.

“Baja ini menggunaka­n bahan yang murah dan mudah didapati, berbanding baja kimia dan tradisiona­l yang terdapat di dalam pasaran kini, pada masa sama, ciptaan ini berupaya memastikan penghasila­n sumber makanan yang bersih dan kualiti.

“Inovasi murni ini secara tidak langsung menggalakk­an minat pelajar untuk menjaga kelestaria­n alam sekitar, selain rangsangan untuk mereka mencipta lebih banyak produk baharu bersifat mesra alam,” katanya.

 ??  ?? Encik Muhammad Sanjay (tengah) bersama-sama pasukan inovasinya menunjukka­n antara kejayaan dimenangi mereka.
Encik Muhammad Sanjay (tengah) bersama-sama pasukan inovasinya menunjukka­n antara kejayaan dimenangi mereka.
 ??  ?? Produk baja mengandung­i mikroorgan­isma berkesan
Produk baja mengandung­i mikroorgan­isma berkesan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia