Halang kulit menjadi rosak
Perlu penggantian semula lipid secara berterusan
kerosakan lebih teruk.
Pengurus Maklumat Perubatan Dr August
Wolff Gmbh & Co, Dr
Manuel Hauser berkata, bagi melindungi kulit daripada kerosakan benteng pertahanan dan pengurangan lipid serta kelembapan, ia memerlukan penggantian semula lipid dan komponen kulit sihat penting yang lain secara berterusan.
“Dalam konteks ini, asid linoleik memainkan peranan penting. Bagaimanapun, tubuh kita tidak dapat menghasilkan asid linoleik sendiri, sebaliknya ia perlu dibekalkan daripada punca lain.
“Asid linoleik adalah asid lemak politaktepu dan sebahagian daripada asid lemak Omega 6 yang ditemui dalam kebanyakan minyak sayuran.
“Ia membantu dalam mengekalkan kesihatan membran sel, memperbaiki penggunaan nutrien dan membina serta mengawal metabolisme sel.
“Malah, asid ini juga menguatkan pertahanan semula jadi tubuh dan melawan keradangan menjadikan ia membantu dalam rawatan ekzema atopik,” katanya pada majlis pelancaran rangkaian rawatan masalah kulit Linola oleh Nuvanta Sdn Bhd, barubaru ini.
Dr Manuel berkata, pihaknya menjalankan kajian ke atas sekumpulan penghidap ekzema dan kulit kering untuk menilai keberkesanan kosmetik dan toleransi kulit terhadap rawatan mengandungi asid linoleik penting.
“Kumpulan ini menggunakan sapuan harian mengandungi asid linoleik selama dua minggu dan didapati peningkatan hidrasi kulit yang ketara dalam tempoh berkenaan.
“Malah, dalam tempoh sama juga kehilangan air melalui kulit juga berkurangan sekali gus membaiki fungsi benteng pertahanan kulit.
“Masalah kulit kasar juga berkurangan dan keseluruhannya kulit mempunyai tahap toleransi yang baik terhadap rawatan Linola,” katanya.
Rawatan masalah kulit mengandungi asid linoleik ini diinovasi oleh Dr Kurt Wolff yang membuat penyelidikan mengenai asid lemak penting selama bertahun-tahun.
Berdasarkan kajiannya, badan mesti dibekalkan dengan asid linoleik, sebagaimana badan kita perlu dibekalkan dengan vitamin dan makanan untuk kekal sihat.
Wolff kemudian menghasilkan formulasi pada 1938 untuk membantu pertumbuhan kulit dikenali Linola dan bahan aktif ini sebahagiannya bertanggungjawab untuk mengekalkan lapisan kulit luar dilindungi dari dalam supaya kelembapannya tidak banyak hilang.
Disebabkan manfaatnya yang memberikan perlindungan, mampu menjana semua pertumbuhan kulit dan antiradang, rawatan ini sangat sesuai untuk penghidap ekzema, psoriasis dan kulit kepala gatal kerana ia bukan saja membantu dengan penyembuhan, tetapi juga melegakan kegatalan dan keradangan akibat masalah kulit terbabit.