Berita Harian

ORANG ATASAN ARAH UBAH

Pihak atasan beri arahan lisan ubah suai penyata

- Saleha Lajim, Bekas Pengurus Jabatan Akaun BNM

Pihak atasan Bank Negara Malaysia (BNM) keluar arahan supaya kerugian urus niaga mata wang asing pada 1993 tak dinyata dalam penyata kewangan tahunan”

Pihak atasan Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluark­an arahan, supaya kerugian urus niaga mata wang asing dialami pada 1993, tidak dinyatakan dalam penyata kewangan tahunannya.

Bekas pengurus Jabatan Akaun BNM, Saleha Lajim, 69, dalam keterangan di hadapan Suruhanjay­a Siasatan, berkata pada 1993, BNM mengalami kerugian lebih RM5.7 bilion dalam urus niaga mata wang asing.

Saleha berkata, pihak atasan (yang memegang jawatan penasihat dan ke atas) ketika itu, mengetahui mengenai status untung rugi aktiviti urus niaga mata wang asing berdasarka­n laporan mingguan yang diberikan dalam mesyuarat.

“Kebanyakan status urus niaga mata wang asing yang dijalankan mengalami kerugian dan ia diketahui Timbalan Gabenor ketika itu, Tan Sri Dr Lin See Yan.

Perbelanja­an tertunda

“Bagaimanap­un, kerugian itu tidak dinyatakan dalam penyata kewangan tahunan 1993, tetapi dikategori­kan sebagai perbelanja­an tertunda.

“Dalam mesyuarat itu Timbalan Gabenor memberi arahan lisan kepada saya, untuk membuat pengubahsu­aian pada penyata kewangan yang akan dikeluarka­n nanti,” katanya ketika menjawab soalan anggota Suruhanjay­a Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing BNM Sekitar 1990-an semalam.

Saleha berkata, atas arahan lisan Timbalan Gabenor, beliau memberi arahan kepada kakitangan Jabatan Akaun untuk membuat pengubahsu­aian berkenaan.

“Kakitangan Jabatan Akaun akan menyediaka­n draf kertas lembaga pengarah untuk dikemukaka­n kepada gabenor melalui penasihat bagi kelulusan.

“Kerugian akibat urus niaga mata wang asing itu dicajkan ke akaun rizab turun naik nilai pelaburan dan rezab turun naik kadar pertukaran,” katanya,

Menjawab soalan Pegawai Pengendali, Julia Ibrahim,

Saleha berkata, kerugian yang dialami pada 1993 membabitka­n jumlah yang besar. Julia: “Kerugian sebenar pada 1993 adalah lebih RM5.7 bilion?

Saleha: “Lebih kurang 17 18 bilion, tak ingat jumlah keseluruha­n tetapi lebih RM5 bilion.

Julia: “Akaun akhir dikemukaka­n kepada siapa?

Saleha: “Penasihat dan kemudian berbincang dengan gabenor dan timbalan gabenor.

Julia: “Penyata kewangan kemudian dihantar kepada siapa?

Saleha: “Ia dihantar ke Jabatan akaun kerana perlu dicetak dan dikembalik­an kepada saya untuk uruskan tanda tangan.

Saleha berkata, ketika beliau bertugas di Jabatan Akaun BNM pada 1993, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop adalah Penasihat BNM.

Kebanyakan status urus niaga mata wang asing yang dijalankan mengalami kerugian dan ia diketahui Timbalan Gabenor ketika itu, Tan Sri Dr Lin See Yan” Saleha Lajim, Bekas pengurus Jabatan Akaun BNM

 ??  ??
 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ??
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia