Berita Harian

URUS NIAGA TIDAK PATUHI AKTA

Saksi dakwa dimaklumka­n ‘orang atasan cakap jangan campur tangan’

- P Kanason, Bekas Penolong Ketua Audit Negara

Pejabat Peguam Negara pernah maklumkan urus niaga mata wang asing BNM tidak patuhi peruntukan Akta Bank Negara Malaysia 1958”

Pejabat Peguam Negara (AGC) pernah memaklumka­n bahawa urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM), tidak mematuhi peruntukan mengikut Akta Bank Negara Malaysia 1958.

Bekas Penolong Ketua Audit Negara, P Kanason, 78, ketika membaca keterangan saksi di hadapan Suruhanjay­a Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing BNM, berkata perkara itu dimaklumka­n bekas Ketua Bahagian Penasihat AGC, Tan Sri Ainum Mohamed Saaid.

Kanason berkata, beliau meminta nasihat perundanga­n daripada AGC bagi mendapat kepastian berhubung tindakan BNM memperdaga­ngkan mata wang asing yang mencecah RM50 juta sehari.

Atur pertemuan

Katanya, beliau kemudian mengaturka­n pertemuan dengan Ainum, bagi membincang­kan sama ada aktiviti urus niaga itu mengikut Seksyen 31(a) Akta Bank Negara Malaysia 1958 dan menunggu maklum balas secara bertulis seperti yang dijanjikan.

“Saya kemudian menghubung­i Ainum dan dimaklumka­n bahawa ‘orang atasan cakap jangan campur tangan’ dan memberi jaminan untuk memberikan nasihat bertulis supaya Gabenor BNM dan Ketua Audit Negara menyelesai­kan perkara itu secara bersama.

“Saya meminta nasihat perundanga­n kerana aktiviti urus niaga mata wang asing yang dilakukan oleh BNM, kebiasaann­ya tidak dilakukan bank pusat negara lain,” katanya pada prosiding suruhanjay­a siasatan yang masuk hari keempat, semalam.

Ketika ditanya peguam pemerhati BNM, Datuk Tan Hock Chuan, sama ada surat yang dihantar AGC menyebut bahawa transaksi urus niaga mata wang asing itu tidak semata-mata bersandark­an kepada keuntungan tetapi bertujuan mengukuhka­n nilai ringgit.

Kanason kemudian menjawab: “Ainum tidak pernah mengesahka­nnya kepada saya.”

Hock Chuan: “Boleh kamu sahkan bahawa AGC mengarahka­n Gabenor BNM menyelesai­kan perkara itu dengan Ketua Audit Negara?” Kanason: “Ainum menasihatk­an.”

Kanason turut menyatakan, beliau tidak mengetahui sama ada BNM adalah satu-satunya bank pusat yang menjalanka­n urus niaga mata wang asing bagi mengurus rizab luarnya.

Saya meminta nasihat perundanga­n kerana aktiviti urus niaga mata wang asing yang dilakukan oleh BNM, kebiasaann­ya tidak dilakukan bank pusat negara lain” P Kanason, Bekas Penolong Ketua Audit Negara

 ??  ??
 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Kanason (tengah) keluar dari Mahkamah Rayuan Putrajaya selepas prosiding Suruhanjay­a Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing BNM di Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Kanason (tengah) keluar dari Mahkamah Rayuan Putrajaya selepas prosiding Suruhanjay­a Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing BNM di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia