Berita Harian

Institut Onn Ja’afar cepat berkembang

Sedia bantuan kepada golongan miskin, aktiviti kesukarela­wan

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Institut Onn Ja’afar (IOJ) yang ditubuhkan tiga tahun lalu kini semakin pantas berkembang apabila mendapat perhatian ramai pihak, terutama kalangan pelajar universiti.

IOJ adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyediaka­n bantuan kepada golongan miskin serta aktiviti kesukarela­wan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata IOJ sebahagian daripada sumbangan keluarga beliau dengan idea penubuhann­ya untuk melakukan apa yang termampu bagi menolong golongan tidak berkemampu­an.

Di luar jangkaan

“Tidak sangka dalam tempoh tiga tahun ditubuhkan, IOJ berkembang di luar jangkaan, berjaya menarik ramai sukarelawa­n muda termasuk sukarelawa­n yang sebenarnya juga orang susah dan memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di depan lebih 4,000 pelajar baharu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi 2017/2018 pada majlis pelancaran program ‘Malaysians United Run’ (MUR) 2017, di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Naib Canselor UKM, Prof Datuk Seri Dr Noor Azlan Ghazali.

Hishammudd­in turut mengumumka­n IOJ menaja ibu tunggal, Siti Nor Hawa Ramli, 38, dan dua anak menunaikan umrah.

Ibu tunggal itu antara 50 pihak akan dibantu oleh IOJ melalui MUR 2017, acara larian pada 18 November ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang menyasarka­n penyertaan lebih 40,000 peserta.

Ketika ditemui, Siti Nor Hawa yang mencari pendapatan dengan menjual nasi lemak, mengakui tajaan untuknya menunaikan umrah bersama dua anak lelaki berusia 14 dan 15 tahun, adalah kejutan terbesar dan terindah buatnya.

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Hishammudd­in (tengah) bergambar bersama penaja, duta IOJ dan universiti terbabit program ‘Malaysians United Run’ pada majlis pelancaran­nya di Bangi, semalam.
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Hishammudd­in (tengah) bergambar bersama penaja, duta IOJ dan universiti terbabit program ‘Malaysians United Run’ pada majlis pelancaran­nya di Bangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia