Berita Harian

Zaiton bawa Uber raih pendapatan sampingan

Waktu kerja fleksibel tarik minat sertai perkhidmat­an selepas bersara

- Oleh Mahani Ishak

Usia bukan penghalang untuk menyertai perkhidmat­an e-hailing atau lebih dikenali Uber, yang dimonopoli generasi muda.

Perkhidmat­an menawarkan waktu kerja anjal dan menjana pendapatan harian itu menjadi tarikan kepada pemandu Uber, Zaiton Alwi, 57, menyertain­ya.

Katanya, sejak menyertai perkhidmat­an berkenaan setahun lalu, beliau berupaya memperoleh pendapatan sampingan antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan.

“Purata harian saya mampu memperoleh antara RM90 hingga RM110 bergantung kepada kerajinan dan mampu memberi pulangan pada waktu puncak serta insentif menguntung­kan.

“Meskipun saya sudah berusia, jiwa harus muda, nikmati kesihatan yang diberikan Allah dan inilah rezeki daripada-nya sejak setahun tanpa menghadapi perkara tidak diingini,” katanya kepada BH.

Pembabitan Zaiton sebagai pemandu Uber bermula selepas beliau tamat perkhidmat­an syarikat pembekalan perubatan.

Minat memandu

Minat memandu dalam jarak jauh, di samping semua tiga orang anaknya berusia antara 25 hingga 27 tahun, sudah memiliki pekerjaan masing-masing, menjadi pencetus beliau selesa dengan dunia pekerjaan baharunya itu.

Meskipun 10 tahun lalu, perancanga­n Zaiton ingin memiliki teksi, namun keputusan itu berubah, berikutan e-hailing lebih relevan berikutan menggunaka­n kenderaan sendiri.

“Dari dahulu lagi saya gemar memandu dan keputusan melakukan kerja ini disokong suami dan anak. Pekerjaan ini memenuhi minat, di samping mampu menjana pendapatan, ikut masa dan guna kenderaan sendiri.

“Ini membuatkan saya tidak menghadapi masalah, meskipun tampak berusia pada pandangan sesetengah orang. Lagi pun ia boleh dilakukan bila-bila sama, selain saya sendiri suka berjumpa orang ramai dan tugas ini tidak mengganggu kerja seharian,” katanya.

Zaiton berkata, usia matangnya turut menjadi tarikan penumpang yang ingin berbual dengan beliau.

Bantu promosi produk negara

“Bagi saya, usia hanya angka. Saya tidak kekok berbual dengan penumpang mengenai pelbagai hal, termasuk mempromosi­kan produk negara kepada pelanconga­n tempatan dan luar,” katanya.

Begitupun Zaiton mengakui, beliau mengehadka­n waktu bekerja pada waktu siang sahaja, kerana sebelah malam adalah masa bersama keluarga.

Beliau memilih bekerja antara jam 11 pagi hingga 6 petang dan meneruskan pada waktu puncak sekitar jam 8 hingga 9 malam berikutan pengendali operasi menawarkan insentif menarik pada waktu itu.

Menetap di Taman Desa Pelangi, Hulu Langat, selain memandu, Zaiton turut menjalanka­n perniagaan pembersiha­n rumah.

“Tugasan utama saya ialah mengendali­kan pekerja asing bagi kerja pembersiha­n rumah, sebab itulah saya memandu pada waktu lapang sahaja.

“Meskipun syarat utama menyertai Uber memiliki kenderaan tidak melebihi tujuh tahun, saya membeli kenderaan pelbagai guna (mpv) untuk keselesaan penumpang dan kerja sampingan,” katanya.

Mengulas mengenai cabaran, Zaiton berkata, beliau perlu memastikan keadaan kereta sentiasa bersih dan memastikan keselamata­n penumpang terjamin dengan memakai tali pinggang keledar pada sepanjang pemanduan.

Nikmati banyak manfaat

“Mereka menghormat­i saya dan yakin dengan pemanduan saya, membuatkan perjalanan lancar, malah saya menyediaka­n tong sampah kecil untuk memudahkan penumpang.

“Begitu juga penyelengg­araan kereta mengikut tarikh yang ditetapkan, memandu berhemah, mengenakan tali pinggang keselamata­n dan sebagainya,” katanya.

Zaiton berkata, secara peribadi, sistem penarafan bintang memberi galakan dan sokongan kepada pemandu untuk memberikan khidmat lebih baik, selain mewujudkan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak.

“Lagi pun, dengan Uber, kita menjana pendapatan dengan kenderaan sendiri, memberi kepuasan dan masa kerja fleksibel,” katanya yang menetapkan waktu memandu hanya pada hari biasa dan bukan pada hujung minggu.

Dari dahulu lagi saya gemar memandu dan keputusan melakukan kerja ini disokong suami dan anak. Pekerjaan ini memenuhi minat, di samping mampu menjana pendapatan, ikut masa dan guna kenderaan sendiri” Zaiton Alwi, Pemandu Uber

 ??  ?? Zaiton menetapkan pemanduan pada hari biasa dan waktu siang sahaja.
Zaiton menetapkan pemanduan pada hari biasa dan waktu siang sahaja.
 ??  ?? Zaiton menyertai perkhidmat­an Uber hasil sokongan suami dan anak.
Zaiton menyertai perkhidmat­an Uber hasil sokongan suami dan anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia