Berita Harian

Menarik TV Hari Ini

-

KHAS HARI KEBANGSAAN Bravo 5

Sebuah filem aksi mengenai lima anggota komando bawah pimpinan Leftenan Azri yang menjalanka­n operasi mengekang dan menghapusk­an pengganas komunis pada 1989. Ketika menjejaki musuh, mereka terputus hubungan kerana set radio semboyan yang rosak ditembak oleh musuh. Akibat tiada rangkaian komunikasi, mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk mengekang kemaraan musuh.

TV1, 10 malam

Pelakon: Frank Peterson, Fong U-shin, Xavier, Remy Ishak, Beto Kusyairy, Shashi Tharan

TELEMOVIE MERDEKA SPECIAL → Purnama

Kisah di Kampung Cenderang yang menerima ancaman komunis. Yamim baru saja kematian isteri Salmah. Yamim ingin menuntut bela kematian isterinya lalu mengajak dua rakannya, Purnama dan Isa, bertemu pegawai

Melayu yang dikatakan bertang-gungjawab atas kematian Salmah.

Tetapi kerana kedegilan Yamim yang ingin bersemuka dengan pihak komunis, mereka bertiga menjadi tahanan musuh. Mereka didera kerana dikatakan menjadi mata-mata orang Inggeris.

TV3, 10 malam

Pelakon: Remy Ishak, Azhan Rani, Kodi Rasheed, Eira Syazira, Zulkifli Ismail

TELE 9 → Adikarya Lazizah Lazizah ialah seorang wanita yang begitu cekal dan gigih menjaga tiga anak perempuann­ya tanpa suami.

TV9, 9.30 petang

Pelakon: Normah

Damanhuri, Lisdawati, Amanda Misbun, Memey Suhaiza

TELEMOVIE MERDEKA SPECIAL → Epok

Mengisahka­n Epok yang cuba membaiki hubungan tegang dirinya dan bapa,

Pak Din, melalui sukan badminton. Dia hairan dengan usaha bersungguh-sungguh Pak Din melatihnya bermain badminton, sedangkan dia langsung tidak berminat terhadap sukan berkenaan. Segala-galanya berubah apabila guru sukan mengarahka­n semua murid kelasnya untuk bermain

badminton.

TV3, 2 petang

Pelakon: Izuan Fitri, Eman Manan, Harris Alif, Sean Lee, Bella Dowana → Qiam

Mengisahka­n seorang remaja lelaki daripada sebuah keluarga kufur yang tiba-tiba dikurniaka­n hidayah oleh Allah untuk lebih mengenali Tuhan. Astro Oasis, 10 pagi

Pelakon: Rita Rudaini, Azri Iskandar, Ellie Suriaty, Fimie Don

→ Meh Sandar Lagi

Aneem menemui Syed Emir dan memujuknya untuk menceritak­an mengenai Syarifah Aliya. Malangnya, Syed Emir langsung tidak mahu memecahkan rahsia kerana enggan dimarahi Nadzhan.

TV3, 6.58 petang

Pelakon: Aliff Aziz, Mira Filzah, Haliza Misbun, Alicia Amin

 ??  ?? Beto Kusyairy
Beto Kusyairy
 ??  ?? Mira Filzah
Mira Filzah
 ??  ?? AKASIA Rita Rudaini
AKASIA Rita Rudaini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia