Berita Harian

Akta baharu pulihara kawasan hijau digubal

-

Ipoh: Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar akan menggubal akta baharu tahun depan bagi mengawal selia, melindungi dan memulihara kawasan hijau termasuk Projek Taman Tugu di Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata pengenalan akta itu seiring dengan penubuhan badan amanah awam, Amanah Warisan Negara (AWAN) atau ‘The National Heritage Trust’.

Katanya, penubuhan badan itu membabitka­n inisiatif Khazanah Nasional Bhd dan kementeria­nnya, dalam usaha memastikan kawasan hijau dijaga dan dipulihara serta tidak boleh dipindah milik.

“Undang-undang ini pada mulanya dibuat untuk Projek Taman Tugu, namun selepas saya meninjau beberapa kawasan di negara ini, saya dapati ia boleh diperluas ke beberapa lagi kawasan hijau seperti di hutan Kilim di Langkawi serta fosil di Pulau Tikus (Pulau Pinang),” katanya.

Pastikan hutan terpelihar­a

Beliau berkata, perbincang­an bagi penggubala­n akta itu bukan sahaja bersandar kepada usaha melindungi kawasan hutan hijau sematamata, sebaliknya memastikan kawasan berkenaan tidak diteroka bagi tujuan pembanguna­n.

Wan Junaidi berkata demikian pada sidang media selepas menjadi panel pada hari terakhir Dialog Pangkor 2017, di sini, semalam.

Yang turut serta pada sesi dialog itu, bekas Ahli Kongres Marinduque, Filipina, Regina Reyes Mandanas; Pengerusi Majlis Perpaduan Ekonomi Asia, Dr Benjamin R Quinones Jr serta Ahli Kawasan Undi Perwakilan Berkumpula­n Sembawang, Singapura, Amrin Amin.

Pada sesi dialog berkenaan, Wan Junaidi antara lain menekankan pentingnya ASEAN memberi tumpuan kepada isu persekitar­an dan alam semula jadi, kerana ia sangat berkait kepada manusia dan kemapanan pembanguna­n.

Beliau berkata, masyarakat ASEAN perlu memiliki sikap dan kesedaran yang tinggi terhadap usaha melindungi khazanah alam, dengan menolak sebarang usaha oleh industri yang mahu membangunk­an kawasan hutan hijau dengan projek pembanguna­n.

“Kita juga boleh mengubah gaya hidup dengan menjadikan ASEAN sebagai destinasi pelanconga­n utama berbanding Eropah dan benua lain.

“Kita harus lakukan ini untuk melihat ASEAN bukan sahaja sebagai destinasi pelanconga­n menarik, tetapi memiliki sumber, kepelbagai­an komuniti dan budaya, selain rantau yang stabil dan selamat,” katanya.

Sementara itu, Amrin berkata, ruang dan peluang kepada belia untuk terbabit dalam kumpulan pembuat dasar berkaitan ASEAN perlu diperluask­an bagi membolehka­n semangat ‘Kita ASEAN’ difahami golongan itu.

 ??  ?? Wan Junaidi pada sesi Dialog Pangkor yang turut disertai Mandanas (kanan) di Pusat Konvensyen Aman Jaya, Ipoh, semalam.
Wan Junaidi pada sesi Dialog Pangkor yang turut disertai Mandanas (kanan) di Pusat Konvensyen Aman Jaya, Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia