Berita Harian

Isu tanah wakaf patut ditangani peringkat Pusat

-

Ipoh: Tanah wakaf bernilai jutaan ringgit masih terbiar kerana majlis agama Islam negeri sebagai pemegang amanah aset berkenaan, tidak memiliki dana mencukupi dan kepakaran bagi membangunk­annya.

Perunding Wakaf, Datuk Julaini Mohd Salleh, berkata ia mengakibat­kan potensi tanah berkenaan yang mampu menjana berbilionb­ilion ringgit jika dibangunka­n, tidak dapat dimanfaatk­an sepenuhnya untuk kepentinga­n ummah dan pewakaf.

“Jika mahu bekerjasam­a dengan pemaju hartanah agak sukar kerana mereka biasanya bersikap memilih. Tambahan pula tanah wakaf kurang menarik daripada sudut komersial kerana jika dibina rumah, pembeli rumah itu tidak dapat geran hak milik (individu),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel pada Sidang Pleno mengenai Wakaf pada Dialog Pangkor 2017 di sini, semalam.

Syor pinda Kanun Tanah Negara

Julaini mencadangk­an agar Kanun Tanah Negara yang ketika ini masih mengikut undang-undang Inggeris, dipinda bagi membolehka­n isu tanah wakaf dapat ditangani pada peringkat Pusat dan bukan dikuatkuas­akan hanya pada peringkat negeri seperti sekarang.

Beliau memberi contoh di Singapura yang undang-undang tanah di negara itu digubal bagi membolehka­n tanah wakaf diuruskan dengan cekap.

Pengarah Eksekutif Akademi Penyelidik­an Syariah Antarabang­sa untuk Kewangan Islam (ISRA), Prof Dr Mohamad Akram Laldin yang turut menjadi ahli panel sesi itu pula berkata, ISRA sudah membangunk­an beberapa model pengurusan wakaf bagi membolehka­n aset itu dibiayai dan diuruskan dengan cekap.

Katanya, antara instrumen utama dalam model berkenaan ialah pengeluara­n sukuk untuk wakaf yang agak berbeza dengan sukuk sedia ada kerana sukuk wakaf memerlukan pelabur yang memberi keutamaan terhadap amal jariah.

Kanun Tanah Negara yang ketika ini masih mengikut undangunda­ng Inggeris, dipinda bagi membolehka­n isu tanah wakaf dapat ditangani pada peringkat Pusat” Julaini Mohd Salleh, Perunding Wakaf

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia