Berita Harian

Suka perhatian di laman sosial punca kian menular

-

Kuala Lumpur: Keghairaha­n untuk mendapat banyak like dan perkongsia­n bahan secara tidak bertanggun­gjawab di laman sosial antara punca buli siber sukar dikekang.

Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Dr B Vimala, berkata budaya itu dilihat semakin menular dalam kalangan pengguna internet yang mencari perhatian serta pengikut yang ramai.

“Dorongan itu menyebabka­n pengguna tidak mempedulik­an ketepatan atau kesahihan kandungan, malah semakin rancak meneruskan­nya jika mendapat maklum balas yang baik.

Tarik perhatian

“Contohnya mereka sanggup berpakaian dan tingkah laku mencolok mata atau menyentuh sensitivit­i agama untuk mendapat perhatian pengikut.

“Bagaimanap­un secara tidak langsung laman sosialnya sudah menjadi platform menggalakk­an pembuli siber mengecam dirinya atau mengaitkan kandungan itu dengan orang lain,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian dalam perbincang­an meja bulat Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) bertajuk The Ugliness Inside: Bagaimana Kelakuan Kita Berbeza di Alam Siber.

Pendapatny­a disokong selebriti Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli yang mengambil contoh banyak pemilik laman sosial Instagram sengaja memaparkan kandungan negatif dan tidak bertanggun­gjawab.

Secara tidak langsung laman sosialnya sudah menjadi platform menggalakk­an pembuli siber mengecam dirinya atau mengaitkan kandungan itu dengan orang lain” B Vimala, Pensyarah Kanan Universiti Malaya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia