Berita Harian

‘Lori rempuh rumah ketika mahu wuduk’

Warga emas dengar jeritan jiran supaya segera keluar rumah

- Oleh Faliq Lajim

Seorang warga emas yang mahu menunaikan solat Subuh terkejut apabila rumah sewanya di Jalan Kereta Api, Kampung Perepat di sini, dirempuh lori tangki semalam.

Bagaimanap­un, Siti Saiyah Dulhamid, 73, terselamat dalam kejadian jam 6.15 pagi itu.

Pemandu lori berkenaan yang berusia 58 tahun cedera di kepala.

Siti Saiyah berkata, sebelum itu dia sedang bersiap untuk menunaikan solat Subuh di rumahnya.

Dengar jeritan jiran

“Ketika memasuki tandas untuk berwuduk, saya terkejut apabila mendengar dentuman kuat dan meninjau ke luar rumah tetapi kelihatan seperti tiada apa berlaku. Tidak lama kemudian, saya terdengar jeritan jiran memanggil ‘mak cik, cepat keluar’.

“Apabila keluar, saya menggeleta­r kerana mendapati lori tangki merempuh bahagian depan rumah sewa saya yang berkembar dengan rumah ini,” katanya.

Siti Saiyah bersyukur kerana penyewa rumahnya sedang bercuti di kampung halaman masing-masing.

Berikutan kejadian itu, Siti Saiyah membuat laporan di Balai Polis Sungai Kapar.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan, berkata pihaknya bergegas ke lokasi berkenaan sejurus menerima panggilan pada jam 6.24 pagi.

“Setibanya di lokasi, pemandu lori didapati tersepit. Kami mengeluark­an mangsa dan menyerahka­nnya kepada petugas ambulans untuk dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,” katanya.

Apabila keluar, saya menggeleta­r kerana mendapati lori tangki rempuh bahagian depan rumah sewa saya” Siti Saiyah Dulhamid, Pemilik rumah

 ?? [FOTO FALIQ LAJIM/BH] ?? Siti Saiyah menunjukka­n keadaan treler yang merempuh rumah sewanya di Jalan Kereta Api, Kampung Perepat, Klang.
[FOTO FALIQ LAJIM/BH] Siti Saiyah menunjukka­n keadaan treler yang merempuh rumah sewanya di Jalan Kereta Api, Kampung Perepat, Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia