Berita Harian

WFW buka lembaran baharu

-

Keupayaan Malaysia menjadi tuan rumah acara berprestij Minggu Fesyen Dunia (WFW) wajar dipuji, sekali gus meletakkan nama negara dalam peta industri fesyen antarabang­sa.

Acara itu disertai pereka fesyen dari 29 negara yang ‘berkampung’ selama tiga hari di Palace Of The Garden Horses, Kuala Lumpur bagi mengetenga­hkan rekaan bercirikan alam semula jadi dan mesra alam bersesuaia­n dengan tema

Give Your Light To The world.

Penganjura­nnya bertujuan menjadi platform pereka dari seluruh dunia termasuk yang baru menceburi bidang ini mempelajar­i etnik, budaya, fesyen global, selain memperkena­lkan keunikan serta identiti fesyen tempatan.

Penyertaan nama besar pereka fesyen global seperti pereka fesyen dari Honduras, Amerika Tengah, Miguel Chong dan pereka Belanda, Addy Van De Krommenack­er sedikit sebanyak memberikan tempias kepada pereka fesyen tempatan merasai ledakan fesyen dunia.

Mendalami rekaan pereka lain

Penganjur WFW Malaysia, Maziah Mohamad, berkata acara itu memberi peluang pereka mendalami, mempelajar­i etnik dan budaya untuk mempelbaga­ikan rekaan masing-masing.

“Saya mahu menjadi pencetus acara besar sebegini kerana pasaran fesyen perlu berkembang bagi memberi pendedahan kepada pereka baharu memasuki pasaran global.

“Acara tiga hari dimeriahka­n dengan pertunjuka­n fesyen dari benua Eropah, Asia, Amerika dan Afrika yang mengetenga­hkan karya mengikut latar budaya negaranya,” katanya kepada Aura.

Antara jenama tempatan yang menyertai WFW ialah Yans Collection dan Bella Dressa.

Namun, berdasarka­n pada pemerhatia­n, penganjura­n kali pertama itu tidak berjalan lancar dan seharusnya dikaji dalam pelbagai aspek. Acara itu terpalit dengan beberapa kontrovers­i dan menjadi bualan apabila acara tidak mengikut jadual dan ada segmen dibatalkan pada saat akhir.

Ada vendor pulang lebih awal dan pempamer menunggu lama berikutan ruang pertunjuka­n fesyen dan dewan pameran berkunci serta tidak ada pemberitah­uan pembatalan beberapa acara.

Situasi itu mencalarka­n imej sebagai tuan rumah, apatah lagi acara itu bakal menjadi perbanding­an pada penganjura­n seterusnya yang akan diadakan di Paris, pada November depan.

 ??  ?? Koleksi peragaan pereka Honduras, Amerika Tengah Miguel Chong.
Koleksi peragaan pereka Honduras, Amerika Tengah Miguel Chong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia