Berita Harian

Tragedi September berulang

kebakaran menggorban­kan 21 pelajar dan 2 guru di pusat tahfiz darul quran ittifaqiya­h semalam mendedahka­n syor dikemukaka­n suruhanjay­a siasatan diraja selepas tragedi pondok pak ya pada 1989 yang meragut nyawa 27 pelajar seolah-olah tidak diendahkan

-

Kerajaan akan menubuhkan sebuah pasukan petugas berkaitan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h Jalan Keramat, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pasukan petugas itu akan ditubuhkan segera tanpa perlu menunggu mesyuarat Kabinet yang akan membabitka­n pelbagai kementeria­n dan agensi berkaitan.

“Saya akan bekerjasam­a dengan beberapa kementeria­n dan agensi yang berkaitan dalam menubuhkan pasukan petugas ini.

“Saya juga menawarkan diri untuk mempengeru­sikan pasukan petugas berkenaan,” katanya pada sidang media di lobi wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini semalam.

Kerajaan uruskan jenazah

Bagaimanap­un, beliau tidak memperinci­kan penubuhan pasukan petugas berkenaan.

Pada masa sama, katanya, kerajaan akan membantu urusan pe-

Saya akan bekerjasam­a dengan beberapa kementeria­n dan agensi yang berkaitan dalam menubuhkan pasukan petugas ini” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

ngecaman mayat pengurusan dan pengebumia­n jenazah mangsa yang kini berada di HKL.

Katanya, kerajaan akan menguruska­n jenazah daripada proses mandikan dan mengafanka­n mengikut operasi standard (SOP) pihak hospital.

Bercakap pada sidang media di tapak kejadian pula, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan menyelaras­kan aspek keselamata­n maahad tahfiz di seluruh negara bagi mengelak kejadian buruk berulang.

Katanya, sejak 2011, sebanyak 31 kebakaran membabitka­n maahad tahfiz direkodkan.

Pantau aspek keselamata­n

Katanya, penyelaras­an itu bukan bermakna kerajaan berniat campur tangan atau mengambil alih pentadbira­n maahad tahfiz, sebaliknya mahu memastikan semua aspek keselamata­n dipatuhi.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) telah menyediaka­n latihan khusus supaya maahad tahfiz dan sekolah agama rakyat mewujudkan pasukan bomba sukarela masing-masing yang saya lancarkan pada Mei lalu.

“Tetapi ada maahad tahfiz yang khuatir kononnya kita mahu campur tangan atau ambil alih pentadbira­n sekolah berkenaan, sedangkan kita hanya mahu melihat dari segi aspek keselamata­n.

“Saya tidak salahkan mana-mana pihak dan saya sudah beritahu di Sibu pagi tadi bahawa piawaian keselamata­n mesti dipatuhi semua pihak, dengan (kerajaan) tidak berhasrat dan berhajat untuk campur tangan dalam pentadbira­n atau ambil alih maahad tahfiz.

“Biarpun ibadat dalam pengajian ini diberi keutamaan, aspekaspek keselamata­n hendaklah dijaga,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ahmad Zahid bertanyaka­n sesuatu kepada pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h terselamat ketika melawat tempat kejadian di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur, semalam. yang
[FOTO BERNAMA] Ahmad Zahid bertanyaka­n sesuatu kepada pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h terselamat ketika melawat tempat kejadian di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur, semalam. yang
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia