Berita Harian

SAMBUTAN PRESIDEN DONALD TRUMP BUKTI MALAYSIA NEGARA BERLAYA: PM

-

Washington DC: Malaysia dan Amerika Syarikat mendesak Myanmar menghentik­an segera keganasan terhadap kaum Rohingya dan membenarka­n bantuan sampai kepada mangsa.

Presiden Donald Trump dan Datuk Seri Najib Razak mahu krisis kemanusiaa­n yang menjadikan kaum Rohingya sebagai sasaran kekejaman dihentikan segera.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarka­n selepas pertemuan Perdana Menteri dengan Trump kelmarin, mereka sependapat perlu ada kerjasama kukuh membabitka­n masyarakat antarabang­sa bagi menangani keganasan terhadap ribuan mangsa, termasuk yang telah melarikan diri ke Bangladesh.

Sementara itu, Najib berkata, seperti yang dijanjikan kepada rakyat Malaysia, beliau telah membawa isu itu dalam pertemuan dengan Trump.

Kongsi kesedihan

Perdana Menteri berkata, Trump berkongsi kesedihan beliau dalam isu itu dan masing-masing mahu ia dihentikan.

Katanya, beliau tidak boleh bercakap bagi pihak AS, tetapi kemungkina­n besar akan ada bantuan kemanusiaa­n dihulurkan bagi membantu kesengsara­an Rohingya yang dunia tidak boleh abaikan begitu sahaja.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Forum Banyan Tree Leadership di Pusat Pengajian Strategik dan Antarabang­sa (CISS), di sini tengah hari waktu tempatan semalam.

Acara dianjurkan bersama oleh CSIS dan Institut Pengajian Strategik dan Antarabang­sa Malaysia (ISIS).

Ia dihadiri oleh sarjana, ahli akademik, pemikir, penggubal dasar dan pegawai kanan kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia