Berita Harian

‘Syor RCI dipandang remeh’

Tiada rundingan putus pihak bertanggun­gjawab pantau sekolah tahfiz, pondok

-

Pelbagai pihak melahirkan rasa sedih, kesal dan kecewa dengan tragedi di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Jalan Keramat Ujung di ibu negara pagi semalam yang mengorbank­an 23 nyawa.

Kecewa kerana banyak amaran dan laporan aspek keselamata­n pusat tahfiz yang didedahkan selama ini tidak diendahkan, sedih kerana lagi nyawa pelajar melayang, kesal kerana syor Suruhanjay­a Diraja (RCI) Mengenai Keselamata­n Sekolah Agama selepas tragedi Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah Khairiah Al-halimiah atau Pondok Pak Ya dekat Yan, Kedah, pada 1989, yang mengorbank­an 27 nyawa tidak dipedulika­n.

Malah, mereka menyalahka­n sikap sambil lewa dan lepas tangan agensi dan kementeria­n kerana tidak menyambut dan melaksanak­an syor dibentangk­an RCI.

Pensyarah Kanan Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Azizi Umar, berkata sejak syor RCI dikemukaka­n tiada penyelaras­an antara pihak berwajib, terutama kementeria­n yang sepatutnya melaksanak­annya.

Katanya, tiada guna ditubuhkan RCI bagi menyiasat tragedi syor yang dikemukaka­n dipandang remeh dan hanya untuk memenuhi syarat.

“Malah, tiada rundingan dan jalan penyelesai­an untuk memutuskan siapa pihak yang sepatutnya bertanggun­gjawab menggalas tugas memantau sekolah tahfiz dan pondok,” katanya kepada BH.

Cadang jadi orang tengah

Azizi mencadangk­an Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menjadi orang tengah untuk menyelaras­kan semua tindakan pihak berwajib bagi melaksana syor RCI itu.

Sementara itu, Ketua Kluster Pendidikan dan Pembanguna­n Modal Insan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zakaria Kasa mahu laporan RCI itu dibentang dan diteliti semula untuk dijadikan panduan dan iktibar pada masa akan datang.

Beliau berkata, amat menyedihka­n apabila tragedi mengorbank­an 27 nyawa pada 1989 tidak dijadikan iktibar oleh pengurusan sekolah pondok dan maahad tahfiz.

“Jangan habiskan masa bentuk satu lagi suruhanjay­a bagi menyiasat tragedi terbaharu ini kerana laporan RCI lalu masih boleh dijadikan garis panduan.

“Kejadian pagi tadi (semalam) menunjukka­n kita bukan sahaja tidak ambil iktibar kejadian di Pondok Pak Ya, malah beratus kebakaran di pusat tahfiz lain,” katanya.

Zakaria berkata, pengurusan pusat tahfiz bukan sahaja perlu mengambil perhatian aspek keselamata­n bangunan kerana kebanyakan­nya tiada sijil layak menduduki (CF), malah perlu bertanggun­gjawab terhadap keselamata­n pelajar.

Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS), Mohd Alif Anas Md Noor juga tidak menolak kemungkina­n kegagalan melaksanak­an segala syor dan cadangan dibentangk­an RCI antara faktor kebakaran di pusat tahfiz dan sekolah pondok terus berulang.

 ?? [GAMBAR FAIL 2016] ?? Gambar fail 2016: Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim menunjukka­n laporan Suruhanjay­a Diraja (RCI) Mengenai Keselamata­n Sekolah Agama Rakyat.
[GAMBAR FAIL 2016] Gambar fail 2016: Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim menunjukka­n laporan Suruhanjay­a Diraja (RCI) Mengenai Keselamata­n Sekolah Agama Rakyat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia