Berita Harian

Malaysia pelaku global signifikan: PM

Sambutan mesra Trump bukti tohmahan pembangkan­g meleset

-

Datuk Seri Najib Razak menyifatka­n lawatannya ke Amerika Syarikat (AS) yang berakhir semalam sebagai manifestas­i pengiktira­fan Malaysia sebagai pelaku global yang signifikan.

Perdana Menteri berkata, ini adalah kejayaan besar Malaysia sejak kemerdekaa­n 60 tahun lalu dan sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik dengan AS.

“Saya sangat gembira apabila Trump (Presiden AS, Donald Trump) menerima saya sebagai sahabat, bukan sahaja sebagai PM.

“Lawatan ini bebas daripada tekanan dan sangat positif. Walaupun ada pelbagai cerita negatif mengarut kita dengar, tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

“Ini adalah lawatan yang menggembir­akan dan saya lega kerana membuat keputusan menerima pelawaan Trump untuk lawatan ini,” katanya pada sidang media pada hari terakhir lawatan kerja tiga hari ke sini, semalam.

Sebelum ini, pelbagai pihak mempertika­ikan lawatan beliau, termasuk pembangkan­g dan media tempatan AS.

Pelbagai tohmahan dibuat termasuk dakwaan kononnya ia bertujuan untuk mencari pengaruh politik, khususnya berkaitan siasatan oleh pihak Department of Justice (DOJ) AS berhubung isu 1MDB.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya dengan sambutan mesra dan baik diberikan oleh Trump serta Kabinetnya, membuktika­n dakwaan itu meleset sama sekali serta tidak berasas dan tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.

Najib juga berkata, pengiktira­fan terhadap Malaysia juga terbukti apabila Trump menampilka­n barisan Kabinet senior dalam mesyuarat dua hala, termasuk Naib Presiden, Setiausaha Negara, Ketua Staf dan Penasihat Keselamata­n Nasional.

“Pendek kata kehadiran kumpulan dalaman pentadbira­n Trump ini menunjukka­n kita telah sampai ke tahap mendapat pengiktira­fan besar daripada kuasa besar seperti AS.

“Ini bukti kita sebuah negara berjaya. Kalau kita bukan negara berjaya, tak mungkin kita mendapat sambutan seperti yang dilakukan oleh Trump,” katanya.

Perdana Menteri juga membidas putar belit pembangkan­g kononnya pelaburan besar syarikat berkaitan kerajaan dan agensi Malaysia di sini hanya menguntung­kan Amerika Syarikat (AS).

Beri informasi salah

Najib berkata, mereka memberikan informasi salah kepada rakyat kerana ia sebenarnya menguntung­kan negara dan memberi pulangan, termasuk pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

“Saya ingin jelaskan putar belit kononnya kita menyumbang­kan kepada ekonomi AS tanpa mendapat pulangan adalah tidak betul. Jika kita melabur di AS seperti dilakukan oleh KWSP, kita akan dapat pulangan serta dividen akan diberi semula kepada pekerja yang mencarum. Ia bukan jalan sehala (menguntung­kan AS sahaja).

“Ada yang putar belit kononnya saya di sini (lawatan ke AS) untuk membeli pengaruh dari AS,” katanya.

Najib juga menjelaska­n apabila Penerbanga­n Malaysia Berhad (MAB) membeli pesawat Boeing baharu, ia bertujuan menjadikan ia lebih kompetitif selaras dengan program transforma­si dan rasionalis­asi syarikat.

Beliau juga menyentuh pelaburan Khazanah Nasional Berhad dalam syarikat teknologi tinggi di AS yang menurutnya mahu menjadikan syarikat itu milik Malaysia dan menjana pendapatan pada masa depan.

“Kita perlu berfikir ke hadapan. Syarikat AS melabur di negara kita kerana mahukan keuntungan dan begitu juga syarikat kita yang melabur di sini.

“Kejayaan kita yang kini menjadi pengekspor­t modal adalah petunjuk bahawa kita adalah negara berjaya,” katanya.

Dalam pertemuan dengan Presiden Donald Trump kelmarin, Najib memaklumka­n Malaysia bercadang menambah bilangan pesawat yang mahu dibeli oleh Penerbanga­n Malaysia.

Malaysia komited membeli 25 pesawat 737 MAX 10 dan lapan pesawat 787 Dreamliner­s tetapi kemungkina­n menambah 25 lagi 737 MAX 10 pada masa depan.

KWSP pula merancang melabur sehingga AS$4 bilion lagi sebagai tambahan kepada hampir AS$7 bilion sekarang. Selain itu, Khazanah yang memiliki pejabat di Lembah Silikon merancang menambah lebih daripada pelaburan sedia ada sebanyak AS$450 juta sekarang.

Kenyataan itu menyebabka­n pembangkan­g mengeluark­an kenyataan kononnya kerajaan lebih mementingk­an pembanguna­n ekonomi AS daripada negara.

Pengiktira­fan terhadap Malaysia juga terbukti apabila Trump menampilka­n barisan Kabinet senior dalam mesyuarat dua hala, termasuk Naib Presiden, Setiausaha Negara, Ketua Staf dan Penasihat Keselamata­n Nasional” Najib Razak, Perdana Menteri

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Najib dan Senator Benjamin Cardin (tiga dari kanan) dari Maryland bergambar bersama Anggota Jawatankua­sa Senat sebelum memulakan perbincang­an mengenai hubungan luar AS di Bangunan Capitol, semalam.
[FOTO BERNAMA] Najib dan Senator Benjamin Cardin (tiga dari kanan) dari Maryland bergambar bersama Anggota Jawatankua­sa Senat sebelum memulakan perbincang­an mengenai hubungan luar AS di Bangunan Capitol, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia