Berita Harian

‘Sengaja politikkan pelaburan KWSP’

Pelaburan luar negara bantu pulangan tinggi sekali gus beri dividen lebih baik kepada pencarum

- Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my Kuala Lumpur

Pembangkan­g seolah-olah tidak peka atau sengaja mahu mencetuska­n kemarahan rakyat dengan mempolitik­kan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika Syarikat (AS) dan pembelian pesawat buatan AS oleh Malaysia Airlines Berhad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata beliau tidak percaya apabila ramai pemimpin pembangkan­g seolah-olah terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa Malaysia juga menyumbang kepada aliran perdaganga­n dan pelaburan AS.

“Mereka seolah-olah tidak pernah membaca berita sejak beberapa tahun yang lalu. Contohnya, mereka terkejut apabila mendapat tahu bahawa KWSP sudah pun membuat pelaburan berjumlah AS$7 bilion di dalam pasaran ekuiti AS dan mempunyai perancanga­n untuk menambah pelaburan hingga AS$3 bilion.

“Sejak beberapa tahun lalu, KWSP mengeluark­an beberapa kenyataan yang menunjukka­n bahawa mereka sudah mempelbaga­ikan pelaburan di luar negara. Ini adalah untuk mengurangk­an risiko dan memaksimum­kan pulangan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Abdul Rahman berkata, setakat suku pertama 2017 jumlah aset pelaburan KWSP mencecah RM747 bilion, yang mana nilai pasaran semua syarikat tersenarai di Bursa Malaysia adalah sekitar RM1.7 trillion.

Keperluan pelaburan asing

Disebabkan saiz dana KWSP yang begitu besar, beliau berkata, pelaburan asing adalah suatu keperluan dan bukan hanya sekadar pilihan.

Sehubungan itu, beliau menjelaska­n KWSP membatalka­n sekatan ke atas 30 peratus had pelaburan asing untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP dan membenarka­n ahli melabur sepenuhnya di dalam pelaburan luar negara.

“Keputusan menunjukka­n pelaburan luar negara yang mewakili 29 peratus daripada jumlah pelaburan KWSP menyumbang kepada 37 peratus pulangan pelaburan dalam suku pertama 2017.

“Sepanjang dua tahun lalu, KWSP secara khususnya menyebut bahawa pulangan pelaburan luar negara yang memberangs­angkan membolehka­nnya memberi dividen yang baik walaupun berdepan dengan pasaran domestik yang perlahan. Ia mengejutka­n apabila ahli politik pembangkan­g seolaholah tidak sedar dengan perkara ini,” katanya.

Berhubung pelaburan Malaysia Airlines yang bakal membeli pesawat Boeing, Abdul Rahman menegaskan ia bukanlah perkembang­an atau berita baharu.

Katanya, pada Julai 2016, sudah dilaporkan secara meluas bahawa MAB sudah memeterai perjanjian untuk membeli 50 buah pesawat Boeing 737 MAX dengan pesanan untuk 25 pesawat dan hak untuk membeli 25 lagi pesawat di dalam urus niaga yang dinilaikan sejumlah AS$5.5 bilion pada harga disenaraik­an.

“Pada Ogos lalu, media melaporkan dengan kejayaan penstruktu­ran semula Malaysia Airlines dan pertumbuha­n memberangs­angkan, ia berada di dalam perbincang­an mendalam untuk membeli 30 buah pesawat Boeing 786 atau pesawat Airbus untuk membolehka­n Malaysia Airlines terus mengembang­kan laluan udara dan perniagaan­nya,” katanya.

Sejak beberapa tahun lalu, KWSP mengeluark­an beberapa kenyataan yang menunjukka­n bahawa mereka sudah mempelbaga­ikan pelaburan di luar negara. Ini adalah untuk mengurangk­an risiko dan memaksimum­kan pulangan” Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia