Berita Harian

Tujuh hujah KAGAT perlu jadi KUAT

-

Tarikh 16 September setiap tahun, bukan setakat dikenang sebagai Hari Malaysia, tetapi ia juga diingati sebagai Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Berkongsi tarikh sama dengan Hari Malaysia adalah penghormat­an tertinggi terhadap peranan ATM dalam menjaga kedaulatan negara dan memastikan Malaysia berada selamat, aman dan makmur.

Sempena Hari ATM, sebagai rakyat Malaysia kita mengucapka­n penghargaa­n yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit atas pengorbana­n anggota tentera. Mereka berkorban tenaga, masa, harta dan nyawa demi memastikan warga Malaysia hidup dalam suasana harmoni. Semoga pejuang yang mendahului kita dapat keampunan dan keredaan Ilahi. Hanya Allah jua membalas segala amal kebajikan mereka.

Antara kor yang memainkan peranan penting di sebalik kejayaan ATM ialah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang ditubuhkan pada 16 April 1985. Ia adalah kor ke-16 dalam Tentera Darat Malaysia (TDM). Penugasann­ya meliputi ketiga-tiga perkhidmat­an ATM iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Perkhidmat­an keagamaan

Sebagai kor dalam Tentera Darat Malaysia, KAGAT memberi pendidikan dan perkhidmat­an keagamaan kepada seluruh warga ATM. Ia membantu ATM melahirkan anggota tentera yang memiliki daya tempur kerohanian tinggi di samping berperanan sebagai pendakwah tentera dalam menyampaik­an ilmu agama dan mengajak seluruh warga ATM menghayati ajaran Islam berdasarka­n al-quran dan as-sunnah. Segala bentuk penghayata­n agama dilaksanak­an secara praktikal dan berhikmah ikut realiti dan keperluan semasa.

Pada awal penubuhann­ya, KAGAT dipimpin pengarah berpangkat Brigadier Jeneral. Kini ia dipimpin ketua pengarah berpangkat Mejar Jeneral dan dibantu Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi berpangkat Brigadier Jeneral.

Antara tokoh KAGAT ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Allahyarha­m Brig Jeneral Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin.

Antara transforma­si dicadangka­n ialah penjenamaa­n semula KAGAT kepada KUAT. KUAT adalah singkatan yang lebih tepat kepada Kor Ugama Angkatan Tentera. Ini adalah berdasarka­n kepada beberapa hujah atau alasan kukuh pihak yang berkaitan.

Hujah pertama ialah, perkataan ‘KAGAT’ tidak mempunyai sebarang entri dan makna dalam bahasa Melayu. Apa yang tertera dalam Kamus Dewan ialah perkataan ‘KAGET’ yang membawa erti terkejut. Perkataan ini langsung tidak sesuai dengan imej askar. Berbeza dengan perkataan ‘KUAT’ yang membawa banyak makna. Antaranya, perkasa, kukuh, banyak tenaga, tidak lemah, tidak mudah roboh, rosak atau putus dan tidak mudah menyerah kalah. Jadi, perkataan ini sangat sinonim dengan imej seorang askar.

Hujah kedua ialah, cara pengambila­n huruf akronim Kor Agama Angkatan Tentera. Persoalan di sini bagaimana kita tidak berlaku adil apabila ambil satu huruf daripada perkataan Kor (K), Angkatan (A) dan Tentera (T) tetapi mengambil dua huruf daripada perkataan Agama (AG)?

Disebut 28 kali dalam al-quran

Sepatutnya kita berlaku adil dengan mengambil akronim satu huruf daripada setiap perkataan. Oleh itu, jika kita mengambil satu huruf daripada perkataan Kor (K), Ugama (U) Angkatan (A) dan Tentera (T), kita pasti dapat hasil menakjubka­n iaitu ‘KUAT’.

Hujah ketiga ialah, ejaan agama menggunaka­n huruf ‘A’ dan ugama yang guna huruf ‘U’ diterima dalam Kamus Dewan sebagai entri perkataan. Walaupun di Malaysia kita lebih cenderung menggunaka­n ejaan agama bermula dengan ‘A’ itu bukanlah bermakna kita tidak boleh menggunaka­n ejaan ugama yang bermula dengan huruf ‘U’. Penggunaan ejaan ugama yang bermula dengan huruf ‘U’ sangat berleluasa digunakan di Indonesia, Brunei dan Singapura.

Hujah keempat pula ialah perkataan ‘KUAT’ adalah kata pinjaman yang berasal daripada perkataan Arab. Ia berasal daripada gabungan huruf (qaf-wau-ya). Gabungan ini disebut 42 kali dalam al-quran al-karim. Perkataan ‘KUAT’ secara jelas disebut 28 kali. Kekerapann­ya menunjukka­n betapa

pentingnya kekuatan dalam kehidupan kita, terutama dalam bidang ketenteraa­n.

Hujah kelima ialah, perkataan ‘KUAT’ disebut jelas dalam ayat asas ketenteraa­n iaitu dalam surah ke-8 iaitu Surah al-anfal ayat ke-60 yang bermaksud “Hendaklah kamu bersiap sedia untuk menghadapi mereka dengan apa saja kekuatan yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berpegang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentar­kan musuh Allah, musuhmu dan orang selain mereka yang kamu tidak mengetahui­nya, sedang Allah mengetahui­nya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya.”

Hujah keenam ialah perkataan ‘KUAT’ dalam bahasa Arab dan perkataan nama Allah ‘al-qawiyyu’ yang membawa makna

(Yang Maha Kuat) adalah gabungan huruf asas sama iaitu gabungan qaf-wau-ya. Sehubungan itu bila kita menggunaka­n KUAT ia ada kaitan secara langsung dengan Allah Yang Maha Kuat.

Hujah ketujuh ialah kos menulis akronim ‘KAGAT’ lebih banyak berbanding ‘KUAT’ kerana bilangan huruf ‘KAGAT’ adalah lima huruf. Kos ini akan lebih ketara apabila kita menulis perkataan itu di papan tanda besar atau ketika membina menara atau tugu yang melambangk­an imej sebuah kor angkatan tentera yang digeruni lawan dan disegani kawan.

Diharapkan transforma­si penjenamaa­n semula KAGAT kepada KUAT dapat pertimbang­an sewajarnya. Semoga usaha kor ke-16 Angkatan Tentera Malaysia ini sentiasa mendapat taufik dan hidayah Allah dalam menjaga kedaulatan negara Malaysia agar rakyat jelata berada dalam selamat, aman dan makmur.

KAGAT bantu lahirkan anggota yang ada daya tempur kerohanian tinggi di samping menjadi pendakwah tentera” Perkataan ‘KUAT’ adalah kata pinjaman berasal daripada perkataan Arab. Ia berasal daripada gabungan huruf (qaf-wau-ya). Gabungan ini disebut 42 kali dalam al-quran” ‘KUAT’ bawa banyak makna, antaranya, perkasa, kukuh, banyak tenaga dan tidak mudah menyerah kalah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia