Berita Harian

Syor maahad tahfiz jadi ‘anak angkat’ bomba

-

Awal pagi semalam kita sekali lagi dikejutkan dengan kes kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur, yang mengorbank­an 21 pelajar dan 2 warden, manakala 14 pelajar dan empat guru berjaya menyelamat­kan diri. Jumlah kematian yang agak besar dikatakan akibat mangsa terperangk­ap di dalam bangunan tingkat atas yang terbakar kerana pusat tahfiz berkenaan didakwa hanya ada satu pintu keluar masuk.

Kes ini ibarat mengulangi tragedi yang berlaku pada 22 September 1989, di Padang Lumat, Yan, Kedah yang meragut nyawa 27 pelajar Madrasah Taufiqiah Alkhairiah atau dikenali Pondok

Pak Ya. Kejadian pada jam 1 pagi di Pondok Pak Ya itu dipercayai berpunca daripada lilin di ruang bilik asrama yang terjatuh sehingga mengakibat­kan kebakaran.

Tragedi kebakaran awal pagi semalam belum dipastikan puncanya. Namun, pusat tahfiz ini didirikan di kawasan perumahan moden dan mempunyai sistem elektrik, air serta infrastruk­tur bangunan yang baik.

Keadaan asrama sesak, pendawaian dan penggunaan sistem elektrik tidak selamat, tiada laluan keluar kecemasan, bangunan tidak menepati ciri keselamata­n, tanpa sistem pemadam api dan sebahagian bangunan tidak mendapat kelulusan pihak berwajib.

Mungkin juga pihak pengelola sekolah, asrama atau pusat tahfiz tidak endah akan kepentinga­n keselamata­n ataupun mereka mungkin tiada belanja mencukupi untuk menyediaka­n infrastruk­tur lebih selamat.

Banyak isu kebakaran dan keselamata­n berlaku kurang diambil perhatian dan boleh dielakkan. Pihak tertentu hanya meluahkan kebimbanga­n bila nyawa tidak berdosa tergadai. Dalam kes terbaru ini, walaupun bangunan moden yang dihuni pelajar tahfiz, ia boleh mengundang bahaya jika langkah keselamata­n tidak dilakukan secara serius. Persoalan yang sering penulis fikirkan, kenapakah tragedi begini berlaku dalam kalangan kelompok sama?

Semua pihak termasuk majlis berkuasa tempatan dan jabatan bomba menitikber­atkan ciri keselamata­n untuk bangunan. Penempatan sebegitu harus mendapat permit dan kelulusan pihak berwajib untuk memastikan status selamat dihuni, apatah lagi lagi bangunan itu dihuni secara berkumpula­n dan kanak-kanak yang masih belum matang mengenai bahaya kebakaran.

Jalankan penilaian

Antara langkah drastik yang perlu dilakukan pihak berkuasa ialah menjalanka­n penilaian setempat ke kawasan atau daerah masingmasi­ng, dan memastikan premis dihuni pelajar sama ada sekolah mahupun asrama mendapat permit dan kelulusan bangunan sewajarnya. Mana-mana bangunan yang didirikan tanpa kelulusan perlu ditutup sementara waktu sehingga mendapat kelulusan dan pengesahan selamat.

Pusat tahfiz boleh mendapat nasihat daripada Jabatan Bomba ketika proses pembinaan, atau sekiranya bangunan sudah siap, boleh meminta Jabatan Bomba memeriksa tahap keselamata­n. Antara punca berlaku kebakaran dan kematian ialah sistem pendawaian usang, penghuni memasak di dalam bilik, dapur memasak hampir dengan ruang tidur, menggunaka­n mancis serta tiada laluan keluar bila berlaku kebakaran.

Menjadikan pusat tahfiz sebagai ‘anak angkat’ kepada jabatan bomba juga boleh memberi manfaat kepada pengelola serta penghuniny­a. Aktiviti latihan kebakaran dan keselamata­n perlu dijalankan secara berkala. Penghuni juga perlu diberi kesedaran punca kebakaran dan apa yang perlu dilakukan bila kebakaran berlaku. Mungkin kita melihat perkara ini agak remeh, namun kesedaran setiap individu dan latihan yang dijalankan boleh mengurangk­an jumlah mangsa kematian.

Langkah yang sama sangat wajar diajarkan kepada semua pelajar di sekolah mahupun yang tinggal di asrama. Ini adalah salah satu langkah keselamata­n yang perlu diamalkan sebagai satu aktiviti luar darjah. Pendedahan dalam bentuk pencegahan ini akhirnya akan menguntung­kan semua pihak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia