Berita Harian

‘Ayah, adik dah meninggal’

-

Kuala Lumpur: “Saya kehilangan seorang anak tetapi Allah selamatkan seorang lagi,” kata Nasron Mat Yusof, 46.

Nasron adalah bapa kepada Mohd Nizamuddin, 13, yang maut dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Jalan Keramat Ujung, di sini, semalam.

Nasron berkata, berita yang menyayat hati itu disampaika­n oleh seorang lagi anaknya yang belajar di pusat tahfiz berkenaan, Zunnun Misri, 15, ketika menghubung­inya kira-kira jam 6.30 pagi.

Lompat selamatkan diri

“Zunnun memaklumka­n adiknya gagal diselamatk­an dalam kejadian itu tetapi dia (Zunnun) berjaya melompat keluar dari bangunan sebelum dibantu orang ramai. Dia kini mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Nasron berkata, kali terakhir dia bertemu arwah anak bongsunya, Mohd Nizamuddin ialah ketika Aidiladha baru-baru ini.

“Saya reda dengan pemergiann­ya. Arwah anak yang bijak dan memperoleh semua A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu,” katanya.

Turun guna laluan air

Sementara itu seorang pelajar, Muhammad Danial Amru Al-haz, 16, menceritak­an pengalaman dia dan enam orang lagi rakannya sempat menyelamat­kan diri dengan turun berpaut pada paip laluan air hujan.

“Sewaktu terjaga kira-kira jam 5 pagi dan ketika itu beberapa rakan lain sudah tersedar dan cuba menyelamat­kan diri.

“Apa yang saya dapat fikir adalah cari jalan keluar dari kawasan kebakaran dan jumpa satu tingkap jeriji yang boleh dibuka.

Jerit minta pertolonga­n

“Saya dan rakan berjaya selamatkan diri dengan memanjat corong paip laluan air hujan dan turun,” katanya.

Muhammad berkata, selepas berjaya turun dia terus menjerit meminta bantuan orang ramai di kawasan terbabit.

“Apa yang saya ingat api besar datang dari bawah pintu utama,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Muhammad Danial Amru Al-haz
Muhammad Danial Amru Al-haz
 ??  ?? Nasron Mat Yusof
Nasron Mat Yusof

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia