Berita Harian

Tiga beradik tunjuk perangai pelik

Pamer karakter berbeza, terlampau manja, enggan bercakap ketika cuti Aidiladha

-

Tiga beradik adalah antara 21 pelajar yang maut dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Dato Keramat di sini, semalam.

Mereka ialah Muhd Harris Ikhwan, 10; Muhd Hafiz Iskandar, 11, dan Muhd Syafiq Haikal Mohd Sulaiman, 13, yang memulakan pengajian di pusat tahfiz itu awal tahun ini.

Sepupu mangsa, Mas Aliza Ali Bapoo, 22, mendakwa tiga beradik itu menunjukka­n perangai pelik ketika pulang bercuti di rumah ibunya pada sambutan Aidiladha lalu.

Enggan bercakap

“Muhd Syafiq sangat rapat dengan saya tetapi ketika cuti raya itu, dia tidak bercakap walau sepatah pun dengan saya.

“Berbeza pula dengan Muhd Hafiz, apabila dia menunjukka­n sikap terlampau manja terutama dengan ibu saya hinggakan tidur pun dia mahu peluk ibu.

“Muhd Harris pula semalam (kelmarin) menimbulka­n tanda tanya kepada kami ketika menghubung­i ibu saya, dia kata dia mahu pergi,” katanya ketika ditemui di luar bilik mayat di Hospital Kuala Lumpur di sini, semalam.

Mas Aliza berkata, ketiga-tiga beradik itu memang rapat dengan keluargany­a, tambahan pula mereka dijaga ibunya selepas kematian bapa mereka pada tahun 2005.

“Mereka enam beradik dan ibu mereka tinggal di Damansara tetapi ketiga-tiga mereka diambil keluarga saya untuk dijaga, jadi sudah tentu mereka ini ibarat adik kandung saya.

“Saya amat terasa kerana bertanggun­gjawab mengambil dan menghantar mereka pulang dan itu sudah menjadi rutin termasuk esok (hari ini) yang sepatutnya saya datang menjemput mereka dari tahfiz,” katanya.

Mas Aliza berkata, tiga beradik itu dihantar ke tahfiz berkenaan awal tahun ini tetapi pada mulanya tidak seronok kerana perlu tinggal di asrama.

“Cita-cita mereka untuk menjadi huffaz namun kami reda dengan ketentuann­ya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Muhd Syafiq Haikal, Muhd Hafiz Iskandar dan Muhd Harris Ikhwan maut dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Dato Keramat, semalam.
Muhd Syafiq Haikal, Muhd Hafiz Iskandar dan Muhd Harris Ikhwan maut dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Dato Keramat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia