Berita Harian

Pengesahan DNA selesai petang ini

Mangsa dijangka dikebumika­n selepas semua keputusan diperoleh

-

Proses pengesahan DNA semua 23 mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h Dato Keramat dengan waris masing-masing, dijangka hanya selesai petang ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata perkara itu dimaklumka­n kepadanya oleh wakil Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi.

Ketika ini, katanya, semua waris terdekat sudah menyerahka­n DNA masing-masing bagi membantu proses pengesahan berkenaan.

“Hasil perbincang­an bersama pihak hospital dan waris terdekat, semua bersetuju bahawa proses pengebumia­n mangsa kebakaran ini dikebumika­n selepas proses pengesahan DNA bagi 23 jenazah selesai, paling awal dijangka jam 3.30 petang esok (hari ini).

“Sekiranya keputusan diperoleh lebih awal, ia akan dimaklumka­n kemudian kepada waris dan dihebahkan kepada umum.

Sedia penginapan

“Bagi waris terdekat yang menunggu hari ini, kita menyediaka­n penginapan di Hotel Putra dan Hotel Grand Season.

“Ketika ini, semua waris disarankan untuk pulang dan berehat dahulu memandangk­an keputu- san pengecaman dijangka diperoleh esok (hari ini),” katanya ketika ditemui di hadapan IPFN di sini.

Jamil Khir berkata, jenazah akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, kecuali bagi waris yang memohon untuk dikebumika­n di kawasan masingmasi­ng.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m, berkata proses pengesahan DNA mengambil masa kerana membabitka­n ramai mangsa.

“Bagi mengenal pasti identiti mangsa, DNA ibu bapa diperlukan dan pihak hospital baru menerimany­a pagi tadi,” katanya pada sidang media di lobi HKL pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia