Berita Harian

Warga Pondok Pak Ya masih trauma, sedih

Waris ambil masa lama bina semula sekolah, utama keselamata­n

-

Kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di ibu negara pagi semalam, mencetus kembali nostalgia perit insiden sama yang di Pondok Pak Ya di Kedah, yang mengorbank­an 27 nyawa pelajar pada 1989.

Tambah menyayat hati, insiden mengorbank­an 23 pelajar dan guru itu, berlaku kira-kira seminggu sebelum 22 September, iaitu ulang tahun tragedi menyayat hati Pondok Pak Ya yang kini menggunaka­n nama Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikiah Khairiah Al-halimiah.

Perkara itu dimaklumka­n Pengetuany­a, Azizah Yahaya, yang mengakui masih trauma dan sedih akibat kehilangan 27 syuhada dalam insiden 28 tahun lalu itu kembali dirasai selepas mendengar berita kejadian yang berlaku di ibu negara.

“Kami warga Pondok Pak Ya melalui pengalaman sedih dan trauma yang cukup mendalam ketika itu dan hari ini, kami bersedih kerana perasaan itu terpaksa dialami warga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h,” katanya ditemui di sini, semalam.

Elak insiden berulang

Azizah yang juga anak kepada pengasas Pondok Pak Ya, Yahaya Junid, berkata pihaknya mengambil masa cukup lama untuk membina semula sekolah selepas tragedi awal pagi Jumaat itu, dengan memastikan aspek keselamata­n diberikan keutamaan bagi mengelak insiden sama berulang.

“Kita sudah sediakan bilik asrama yang lebih baik dan selamat, malah pelajar kita juga diajar mengenai langkah keselamata­n yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan terutama kebakaran.

“Alhamdulil­lah, kita terima bantuan daripada jabatan zakat dan kerajaan serta derma orang ramai walaupun bukan sekolah bantuan kerajaan, kami masih terima bantuan daripada Kerajaan Persekutua­n dan negeri untuk menyediaka­n infrastruk­tur dengan lebih baik,” katanya.

 ?? [FOTO MUHAMAD HAFIS NARWAWI/BH] ?? Azizah menunjukka­n galeri tragedi kebakaran Pondok Pak Ya pada 1989 di SMA Taufikiah Khairiah Al-halimiah Alor Setar, semalam.
[FOTO MUHAMAD HAFIS NARWAWI/BH] Azizah menunjukka­n galeri tragedi kebakaran Pondok Pak Ya pada 1989 di SMA Taufikiah Khairiah Al-halimiah Alor Setar, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia