Berita Harian

Sasar kutip dana RM250,000 untuk badan kebajikan

-

Kuala Lumpur: Lebih 6,500 peserta bakal memeriahka­n acara larian dan berbasikal Orchid Fun Run & Ride 2017 yang akan berlangsun­g di Persiaran KLCC di ibu negara, minggu depan.

Program kali ketiga anjuran Persatuan Isteri-isteri dan Kakitangan Wanita PETRONAS (PETRONITA) yang dijadualka­n pada 24 September ini, bertujuan mengekalka­n objektif utamanya iaitu mengumpul dana untuk disumbangk­an kepada pelbagai pertubuhan kebajikan di negara ini.

Presiden PETRONITA, Puan Sri Dr Azura Ahmad Tajuddin, berkata beliau bangga melihat perkembang­an acara larian dan berbasikal itu berbanding ketika ia mula diadakan pada 2015.

Menerusi acara itu kali ini, katanya, pihaknya berharap untuk menyebarka­n mesej ‘Menjadikan Setiap Langkah Bermakna’.

“Ia sebagai peringatan kepada semua pihak bahawa sumbangan kecil mampu memberi makna yang besar dan bersama-sama kita mampu membantu golongan kurang bernasib baik, di samping mempromosi gaya hidup sihat,” katanya dalam satu kenyataan.

Orchid Fun Run & Ride 2017 menyasarka­n mengumpul dana sekurang-kurangnya RM250,000 yang akan disalurkan kepada badan kebajikan yang bekerjasam­a rapat dengan PETRONITA.

Antaranya, Unit Pediatrik Penyakit Jantung Kongenital (PCHC), Institut Jantung Negara (IJN), dan Institut Telinga Pendengara­n dan Pertuturan (Institute-hears) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutua­n (SCAS&FT).

Acara berbasikal dan larian itu terbahagi kepada dua kategori. Kategori A merangkumi larian 12 kilometer (km) terbuka lelaki dan wanita berusia 16 tahun ke atas, serta kategori B merangkumi larian Fun Run 5km bagi mereka berusia tujuh tahun ke atas dan berbasikal Fun Ride 5km bagi peserta berusia 12 tahun ke atas.

Penganjura­n program tahun ini menunjukka­n peningkata­n jumlah penyertaan berbanding tahun sebelum ini, dan penyertaan bagi semua kategori habis dijual.

Selain larian dan berbasikal, peserta juga akan dihiburkan dengan pelbagai persembaha­n seperti gimnastik berirama oleh penerima implan koklea, kumpulan perkusi yang juga ahli SCAS&FT, selain persembaha­n istimewa oleh Joe Flizzow.

Penampilan khas Pasukan F1 Mercedes AMG PETRONAS

Pasukan Formula Satu (F1) Mercedes AMG PETRONAS juga akan membuat penampilan khas bagi menunjukka­n sokongan pada acara berkenaan.

Azura berkata, pihaknya bersyukur apabila dana dikumpul berjaya membantu meningkatk­an kehidupan penerimany­a, sekali gus mendorong mereka untuk meneruskan usaha murni itu.

“Kami menyeru semua pihak menyertai usaha kami membantu mereka yang kurang bernasib baik. Acara ini adalah hasil kerjasama berpasukan dan kejayaanny­a bergantung pada sokongan berterusan orang ramai, rakan kongsi dan penyumbang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Azura Ahmad Tajuddin, Presiden PETRONITA
Azura Ahmad Tajuddin, Presiden PETRONITA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia