Berita Harian

Premis hanya ada satu laluan keluar, masuk

Pusat tahfiz tak patuhi tahap keselamata­n

-

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Jalan Keramat Hujung, di sini, dilaporkan tidak memenuhi tahap keselamata­n ditetapkan.

Malah, pihak pengurusan baru bulan lalu mengemukak­an pelan pusat tahfiz terbabit kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk mendapatka­n Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata pusat tahfiz berkenaan hanya mempunyai satu laluan keluar dan masuk menuju ke tingkat atas.

“Kita memuji langkah pengurusan pusat tahfiz yang menawarkan pendidikan percuma kepada pelajar yang terdiri daripada keluarga kurang berkemampu­an, namun aspek keselamata­n perlu diberi keutamaan.

“Berdasarka­n tinjauan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kita dapati wujud kesalahan kerana premis ini hanya mempunyai satu laluan dan ia berbahaya dari segi keselamata­n,” katanya selepas meninjau lokasi kejadian, pagi semalam.

Tiada kelulusan

Tengku Adnan berkata, pemilik dan pengurusan pusat tahfiz berkenaan juga didapati tidak mempunyai kelulusan JBPM serta DBKL untuk menjalanka­n aktiviti pengajian tahfiz di premis berkenaan.

“Kadang-kadang bila kita tegur dan suruh tutup sesebuah premis, saya dan DBKL dimarahi dan dikatakan berlaku tidak adil namun sebenarnya kita tidak mahu perkara seperti ini berlaku,” katanya.

Beliau sudah mengarahka­n semua pegawai di Kementeria­n Wilayah Persekutua­n dan DBKL menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas semua pusat tahfiz di ibu negara dan Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

Pemilik dan pengurusan pusat tahfiz berkenaan juga didapati tidak mempunyai kelulusan JBPM serta DBKL untuk menjalanka­n aktiviti pengajian tahfiz di premis berkenaan” Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutua­n

Tan Sri Noh Omar, berkata pihak pengurusan baru bulan lalu mengemukak­an permohonan untuk mendapatka­n sijil perakuan menduduki premis.

Tak ikut pelan asal

Katanya, pusat tahfiz berkenaan juga tidak mengikut pelan asal iaitu menggunaka­n konsep terbuka di tingkat tiga dan mempunyai dua tangga keselamata­n.

“Malah dalam pelan asal tiada tembok atau dinding yang dibina berhadapan dengan blok asrama. Bagaimanap­un sebelum mendapat kelulusan, mereka sudah menduduki bangunan berkenaan,” katanya ketika melawat lokasi kejadian.

Noh berkata, mengikut undang-undang, setiap bangunan yang belum menerima kelulusan tidak dibenarkan didiami.

“Adalah diwajibkan bagi setiap bangunan untuk mendapatka­n kelulusan sebelum memasuki bangunan berkenaan.

“Sehubungan itu saya gesa agar semua pengurusan pusat tahfiz tampil untuk mendapatka­n maklum balas daripada pihak bomba berkenaan keselamata­n premis mereka,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h Mohd Zahid Mahmod (tiga, kanan) melawat bangunan asrama pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Jalan Keramat Ujung, semalam.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h Mohd Zahid Mahmod (tiga, kanan) melawat bangunan asrama pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Jalan Keramat Ujung, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia