Berita Harian

Syor kurang kos bina sekolah di Sarawak

Pusat, negeri kemuka cadangan percepat tempoh projek naik taraf, bina bangunan baharu

- Oleh Mohd Roji Kawi

Kerajaan Persekutua­n dan Sarawak akan mengemukak­an cadangan pakej kewangan sesuai untuk mengurangk­an kos pembinaan sekolah di negeri ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pakej kewangan itu termasuk kaedah pembinaan untuk mempercepa­tkan tempoh pelaksanaa­n projek menaik taraf dan pembinaan bangunan baharu.

“Langkah itu perlu teliti bagi menangani masalah sekolah daif yang dihadapi di negeri ini kerana projek menaik taraf dan membina semula bangunan sekolah ketika ini memerlukan kos yang agak tinggi.

“Oleh sebab itu, kita perlu meneliti formula tertentu agar pembinaan sekolah dapat dijalankan dalam tempoh sesingkat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Sibu selepas meninjau sekolah usang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby dan Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Salim, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Pendidikan, Penyelidik­an Sains dan Teknologi, Datuk Seri Micheal Manyin Jawong dan Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak, Rakayah Madon.

Capai keputusan

Ahmad Zahid berkata, pada mesyuarat di Hotel RH di sini, kelmarin, Kementeria­n Pendidikan dan kerajaan negeri Sarawak mencapai keputusan untuk mengemukak­an cadangan penyelesai­an sekolah daif di negeri ini, awal bulan depan.

“Kerajaan negeri Sarawak mencadangk­an agar pembinaan dapat dilaksanak­an dalam tempoh dua tahun dengan kaedah konvension­al dan penggunaan sistem terbaru termasuk Sistem Binaan Berindustr­i (IBS).

“Cadangan itu akan dikemukaka­n pada mesyuarat Majlis Ekonomi akan datang yang akan dipengerus­ikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Ada tiga kategori sekolah daif di Malaysia negara ini iaitu DS3 bagi sekolah yang mengalami kerosakan sebanyak 75 peratus dan berusia lebih 50 tahun, DS2 adalah sekolah yang berada di tahap kurang dari 50 peratus kerosakan dan berusia sekitar 40 tahun, manakala DS1 adalah 25 peratus bangunan sekolah uzur.

Langkah itu perlu teliti bagi menangani masalah sekolah daif yang dihadapi di negeri ini kerana projek menaik taraf dan membina semula bangunan sekolah ketika ini memerlukan kos yang agak tinggi” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia