Berita Harian

GIATMARA lahir 30,264 pakar motosikal

Ramai pelatih jadi usahawan, ada antaranya raih pendapatan RM15,000 sebulan

- Oleh Faris Fuad faris.fuad@bh.com.my Kuala Lumpur

GIATMARA Malaysia berjaya melahirkan 30,264 pekerja industri tenaga mahir teknologi motosikal sehingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Jamal Nasir Othman, berkata 161 daripada pekerja terbabit tamat Kursus Motosikal Kuasa Tinggi dengan Persijilan Profesiona­l Giatmara dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Katanya, mereka mendapat peluang sedemikian di 49 pusat latihan yang menawarkan Kursus Teknologi Motosikal seluruh negara anjuran GIATMARA.

“Kita juga ada tiga pusat latihan bagi kursus motosikal kuasa besar di GIATMARA Kota Samarahan, Sabah; GIATMARA Pendang, Kedah serta GIATMARA Batu, Kuala Lumpur.

“Alhamdulil­lah, ramai antara lepasan pelatih GIATMARA bagi kursus berkenaan berjaya menjadi usahawan.

“Ada yang berjaya membuka Syarikat YMC ( jual dan baiki motor) berpangkal­an di Kangar, Perlis. Pendapatan individu berkenaan mencecah RM15,000 sebulan.

“Seorang pelatih GIATMARA Batu daripada kursus teknologi motosikal, Mohd Farid Badrul Hisham juga kini adalah penunggang pasukan perlumbaan Kawasaki (Kategori 600cc),” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Pertukaran Memorandum Persetujua­n (MOA) Kolaborasi Latihan Superbike antara GIATMARA dan Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd di sini, semalam.

GIATMARA diwakili Jamal, manakala Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd diwakili Pengerusin­ya, Ahmad Faez Yahaya.

Yang turut hadir menyaksika­n pemeteraia­n MOA itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jadi platform anak muda tingkat kemahiran

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sumbangan jentera dan peralatan khas Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd kepada GIATMARA hasil MOA itu secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerja industri tenaga mahir di seluruh negara.

Beliau berkata, ia juga jadi platform bagi anak muda terbabit mencapai tahap tenaga kemahiran kompeten berpendapa­tan tinggi.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya sentiasa membuka ruang kepada pihak lain untuk memberi pandangan dan cadangan bagi terus memperkasa­kan industri terbabit selari dengan fokus transforma­si GIATMARA 2017 iaitu Pembanguna­n Modal Insan.

Tingkat kemahiran industri

“MARA selaku pihak yang bertanggun­gjawab ke atas aktiviti GIATMARA pula berperanan melahirkan lebih ramai teknoprene­ur iaitu konsep teknikal berubah kepada keusahawan­an.

“Cabaran dunia sekarang memerlukan kebijaksan­aan untuk mengurus persekitar­an lebih proaktif dan kondusif.

“Di sini, MARA perlu berkemampu­an melatih, mendidik termasuk menunjukka­n hasil kejayaan mereka selari perkembang­an masa kini,” katanya.

Ahmad Faez berkata, usaha sama antara GIATMARA dan pihaknya bertujuan meningkatk­an kemahiran industri motosikal berkuasa tinggi di Malaysia.

Beliau berkata, wujudnya platform GIATMARA sebagai institusi latihan kemahiran teknikal dan vokasional membolehka­n pelatih mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal.

“Oleh yang demikian, usaha sama bersama Kawasaki Motors yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang motosikal berkuasa tinggi ini dapat melengkapk­an dan membantu objektif demikian,” katanya.

 ?? [FOTO MAHZIR MAT ISA/BH] ?? Ismail Sabri (tengah) pada majlis Pertukaran Memorandum Persetujua­n Kolaborasi Latihan Superbike antara GIATMARA dan Kawasaki Motor di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MAHZIR MAT ISA/BH] Ismail Sabri (tengah) pada majlis Pertukaran Memorandum Persetujua­n Kolaborasi Latihan Superbike antara GIATMARA dan Kawasaki Motor di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? Ismail Sabri mencuba motosikal Kawasaki sambil diperhatik­an Ahmad Faez (kiri) pada majlis pertukaran MOA Program Kolaborasi Latihan Superbike di antara GIATMARA dan Kawasaki Motor Malaysia di GIATMARA Batu, semalam.
Ismail Sabri mencuba motosikal Kawasaki sambil diperhatik­an Ahmad Faez (kiri) pada majlis pertukaran MOA Program Kolaborasi Latihan Superbike di antara GIATMARA dan Kawasaki Motor Malaysia di GIATMARA Batu, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia