Berita Harian

Datuk antara empat direman seleweng dana RM40J

Kes babit penyalahgu­naan peruntukan disalur kerajaan bagi tujuan program latihan kemahiran

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Empat individu termasuk ketua eksekutif sebuah badan berkanun bergelar Datuk direman enam hari kerana disyaki menyelewen­g dana hampir RM40 juta yang disalurkan kepada sebuah perbadanan bagi tujuan pembanguna­n kemahiran.

Perintah reman bermula semalam hingga 19 September ini dikeluarka­n Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Suspek bergelar Datuk berusia 58 tahun terbabit ditahan bersama setiausaha perbadanan itu yang berusia 34; penolong pegawai kewangan, 32 tahun; dan seorang pengarah sebuah syarikat bergelar doktor, 38 tahun.

Semua mereka ditahan di beberapa lokasi di ibu negara antara jam 4.30 petang dan 6 petang kelmarin dalam satu operasi khas Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dana program latihan

Difahamkan, siasatan awal SPRM mendapati pada tahun lalu suspek disyaki menyelewen­g sebanyak RM15 juta manakala RM25 juta pula pada tahun ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tahun ini, kerajaan memperuntu­kkan RM40 juta kepada perbadanan itu bagi mengendali­kan program latihan dan pada tahun lalu sejumlah RM35 juta turut diperuntuk­kan.

Dana kendali program mereka tidak bekerja

Dana itu diberi kerajaan untuk mengendali­kan program latihan kemahiran khusus kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

Sementara itu, mahkamah sama membenarka­n bekas eksekutif sebuah syarikat petroleum berusia 40 tahun dan suami kepada pengarah wanita syarikat kontraktor berusia 54 tahun yang direman tujuh hari sebelum ini dibebaskan dengan jaminan SPRM masing-masing sebanyak RM50,000.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Empat individu termasuk ketua eksekutif bergelar
Datuk direman enam hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Empat individu termasuk ketua eksekutif bergelar Datuk direman enam hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia