Berita Harian

Usahawan landskap perlu bantu tingkat potensi generasi muda

-

Kuala Lumpur: Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, menggesa penggiat industri landskap untuk bersatu dan membangunk­an generasi muda untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya dalam industri landskap.

Katanya, bagi menjadikan Malaysia sebagai Negara Taman Terindah, kalangan profesiona­l landskap mesti melihat contoh terbaik diamalkan di negara maju yang membangunk­an sumber manusia dan mempromosi pembanguna­n inovatif melalui percambaha­n idea baharu dalam kalangan generasi muda.

“Mereka yang terbabit dalam industri landskap mempunyai keghairaha­n untuk mewujudkan pembanguna­n yang akan memastikan pembentuka­n persekitar­an hidup yang mengimbang­i pertumbuha­n pesat pembanguna­n sektor ekonomi seperti perumahan, pertanian dan kemudahan awam.

Bangunkan industri persekitar­an

“Oleh itu, mereka diperlukan untuk membantu membangunk­an industri persekitar­an yang berdaya maju untuk menyokong dan menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara bersama-sama profesion dan pengamal swasta yang lain,” kata.

Beliau berkata demikian pada perasmian Ekspo dan Persidanga­n Landskap Asia (LAX) 2017 di sini, semalam. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, Esa Ahmad.

Noh juga menggesa penggiat industri untuk menjana keuntungan serta mengoptimu­mkan sumber semula jadi hingga ke kapasiti maksimum untuk kesejahter­aan warga negara.

“Melalui kewujudan landskap semula jadi, kita memanfaatk­an kelebihan anugerah Ilahi ini untuk mempelbaga­ikan pendapatan negara dengan melabur dalam industri landskap kerana ia akan meningkatk­an industri pertanian dan pelanconga­n kita,” katanya.

LAX 2017 yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mulai semalam hingga Isnin ini, menampilka­n lebih 1,000 produk, perkhidmat­an dan teknologi terkini, dijangka dikunjungi 15,000 pelawat dari dalam dan luar negara.

 ?? [FOTO HALIM SALLEH/BH] ?? Esa (dua dari kanan) pada perasmian Ekspo dan Persidanga­n Landskap Asia 2017 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO HALIM SALLEH/BH] Esa (dua dari kanan) pada perasmian Ekspo dan Persidanga­n Landskap Asia 2017 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia