Berita Harian

Akta A1534 kurangkan individu bankrap

Kuat kuasa bulan depan, turut beri manfaat pemiutang

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my Putrajaya

Jumlah individu diisytihar bankrap setiap tahun dijangka berkuranga­n selepas Akta Insolvensi 2016 (Akta A1534) dikuatkuas­akan bulan depan.

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Rahman Putra Taha, berkata sehingga kini, 294,000 kes individu bankrap ditadbir jabatan itu, dengan 20,000 kes baharu setiap tahun.

“Akta baharu yang diluluskan pada 29 Mac lalu ini membantu pihak yang bankrap dilepaskan daripada kebankrapa­n dan pemiutang mendapatka­n semula pulangan dengan lebih cepat.

“Akta ini hanya tertakluk kepada individu diisytihar­kan bankrap selepas akta berkuat kuasa, manakala bagi kes sebelum itu, individu boleh mendapatka­n pelepasan di bawah akta sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaa­n dan Taklimat Akta Insolvensi 2016 di sini, semalam.

Abdul Rahman Putra berkata, di bawah Seksyen 33C akta baharu itu, pelepasan automatik layak diberi kepada individu bankrap selepas tempoh tiga tahun, selepas memenuhi sasaran sumbangan dan syarat lain ditetapkan.

“Di bawah akta sedia ada, individu bankrap dilepaskan setelah membayar 50 peratus daripada jumlah hutang tanpa tempoh masa tertentu, selain menepati syarat yang ditetapkan mahkamah.

“Di bawah Seksyen 33C, mereka akan dilepaskan dalam masa tiga tahun dengan jumlah sasaran sumbangan lebih rendah, namun mesti memenuhi syarat termasuk memfail penyata, perbelanja­an dan bayaran konsisten,” katanya.

Akta Insolvensi 2016 yang akan menggantik­an Akta Kebankrapa­n 1967 turut merangkumi tujuh perubahan dasar lain iaitu penjamin sosial tidak boleh dibankrapk­an, notis/petisyen kebankrapa­n mesti disampaika­n secara kendiri dan perundinga­n dijalankan apabila penghutang secara sukarela memfailkan permohonan ke mahkamah agar diberi peluang berunding bagi mengelak perintah kebankrapa­n direkodkan.

Nilai minimum dinaikkan

Selain itu, nilai minimum kebankrapa­n dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM50,000; pemiutang tidak boleh membuat bantahan sekiranya pihak yang bankrap dilepaskan jika meninggal dunia, seorang penjamin sosial, pesakit kronik atau orang kelainan upaya, sistem menggantik­an Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuma­n serta mewujudkan Tabung Bantuan Insolvensi.

Pada majlis itu, Abdul Rahman Putra turut mengetuai bacaan dan menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah, sambil disaksikan Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia, Junipah Wandi.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Abdul Rahman Putra (dua dari kanan) menyerahka­n Ikrar Bebas Rasuah kepada Junipah pada majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaa­n dan Taklimat Akta Insolvensi 2016 di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Abdul Rahman Putra (dua dari kanan) menyerahka­n Ikrar Bebas Rasuah kepada Junipah pada majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaa­n dan Taklimat Akta Insolvensi 2016 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia