Berita Harian

16,297 unit PR1MA bakal dibina di Pulau Pinang

-

Georgetown: Sebanyak 16,297 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) membabitka­n enam projek, akan dibina di Pulau Pinang bagi menampung permintaan rumah mampu milik yang tinggi oleh rakyat negeri itu.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutua­n Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata permintaan rumah mampu milik di Pulau Pinang tertinggi dengan kira-kira 88,000 memohon PR1MA tetapi projek berkenaan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

Pihaknya berharap kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan semua projek PR1MA kerana ia dibina untuk kumpulan berpendapa­tan sederhana pada harga mampu milik.

“Hanya dua projek sedang berjalan iaitu di Bukit Gelugor dan Permatang Pauh. Yang lain dalam proses perancanga­n dan memohon kelulusan kerajaan negeri.

Kerajaan Pusat prihatin

“Jika ada tuduhan yang kata Kerajaan Persekutua­n tidak mempedulik­an kebajikan rakyat Pulau Pinang, ini buktinya. Kita sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada rakyat,” katanya pada si- dang media di sini, semalam.

Enam projek PR1MA itu ialah di Bukit Gelugor dengan 905 unit, Balik Pulau (6,796), Teluk Kumbar (3,994), Permatang Pauh (1,017), Batu Ferringhi (1,248) dan di Tasek Gelugor ( 2,387)

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, pihaknya akan memantau secara dekat 37 sekolah di Pulau Pinang yang disenaraik­an oleh Kementeria­n Pendidikan sebagai sekolah hotspot.

“Di Pulau Pinang kita ada 399 sekolah, termasuk sekolah rendah dan seolah menengah. Tetapi saya dimaklumka­n, 84.6 peratus daripada punca penyenarai­an itu kerana masalah ponteng sekolah dan kes kecil,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Kementeria­n Pendidikan mengenal pasti 402 sekolah hotspot di seluruh negara yang dibahagika­n kepada kategori masalah disiplin dan kategori masalah disiplin serta penyalahgu­naan dadah.

Selangor mendahului senarai dengan 76 sekolah bermasalah dan sembilan daripadany­a terbabit dalam gejala dadah diikuti Johor (63), Negeri Sembilan (40), masing-masing 37 sekolah di Pulau Pinang dan Pahang serta Kelantan (31).

 ??  ?? Zainal Abidin Osman
Zainal Abidin Osman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia