Berita Harian

Pengurusan Modal Insan lahir graduan inovatif

Platform terbaik bantu pelajar peroleh ilmu teori atau amali

-

Modal insan adalah pelaburan terpenting bagi pembanguna­n sesebuah organisasi serta negara kerana ia menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapa­tan tinggi.

Modal insan juga adalah antara komponen penting dalam pembentuka­n Model Baharu Ekonomi (MBE) dan memacu pembanguna­n negara untuk mencapai Wawasan 2020.

Menurut Majlis Kerjasama Kepimpinan Yayasan (MKKY), Malaysia memerlukan 50 peratus pekerja mahir untuk menuju ke arah negara berpendapa­tan tinggi menjelang 2020, berbanding 28 peratus pada 2013.

Tawarkan peluang

Sesebuah negara yang tidak mempunyai pembanguna­n modal insan akan ketinggala­n dalam pelbagai bidang termasuk dalam ekonomi, sosial dan politik, manakala dari segi konteks organisasi pula, mereka akan menjadi kurang berinovasi dan berdaya saing.

Melihat potensi dan kepentinga­n bidang berkenaan, Management & Science University (MSU) kini menawarkan peluang kepada pelajar mengikuti program Pengurusan Modal Insan pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

Program yang ditawarkan melalui Faculty of Business Management & Profession­al Studies (FBMP) itu adalah platform terbaik membantu pelajar memperoleh ilmu sama ada teori atau amali, selain dengan sokongan pensyarah berpengala­man dan kemudahan prasarana lengkap.

Perkasa pengalaman

Program pengajian itu direka khusus untuk meningkatk­an kebolehpas­aran serta memperkasa­kan pengalaman pembelajar­an pelajar melalui aktiviti kokurikulu­m yang melengkapk­an mereka dengan nilai etika dan moral.

Antara kerjaya yang boleh diceburi graduan Pengurusan Modal Insan ialah profesiona­l pengurusan modal insan, eksekutif pembanguna­n perniagaan, eksekutif pengurusan sumber manusia, eksekutif latihan dan pembanguna­n, eksekutif hubungan industri, eksekutif perhubunga­n awam serta eksekutif pentadbira­n.

Selain mudah memperoleh kerjaya, mereka juga berpeluang melanjutka­n pengajian ke peringkat tertinggi kerana MSU menjalinka­n kerjasama erat dengan majikan dari sektor swasta mahupun kerajaan menerusi Panel Penasihat Industri Universiti (UIAP).

 ??  ?? MSU tawar program Pengurusan Modal Insan pada peringkat diploma dan sarjana muda.
MSU tawar program Pengurusan Modal Insan pada peringkat diploma dan sarjana muda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia