Berita Harian

Central Cables edar akhbar BH

3,500 naskhah diberi kepada penuntut KAYM, UTEM, IKBN Tangga Batu

- Oleh Norizzah Baharudin

Sebanyak 3,500 naskhah akhbar BH diedarkan kepada Kolej Antarabang­sa Yayasan Melaka (KAYM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) di sini, semalam hasil tajaan syarikat pengeluar kabel kuasa milik Bumiputera, Central Cables Berhad.

Pengurus Besarnya, Nadiah Musa, berkata selain itu sumbangan turut diedar kepada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tangga Batu di sini.

Katanya, sumbangan berkenaan selaras program tanggungja­wab sosial korporat syarikat itu bagi mendekati penuntut, khususnya penekanan terhadap latihan industri yang dijalani graduan.

Kembalikan budaya baca akhbar

“Program ini bertujuan mengembali­kan budaya membaca melalui akhbar harian, selain memberi pendedahan mengenai peluang menjalani latihan industri yang disediakan Central Cables. Melalui pendedahan ini, pihak syarikat dapat mencari generasi peneraju akan datang yang berkemahir­an dalam bidang kabel kuasa.

“Kita juga mahu mereka lebih memilih bahan bacaan yang jelas kesahihann­ya, berbanding melihat, membaca dan menilai menerusi laman sosial yang belum pasti ketepatan sumber,” katanya ketika ditemui di KAYM.

Sebanyak 1,500 naskhah akhbar BH diedarkan kepada KAYM, manakala baki selebihnya kepada UTEM dan IKBN Tangga Batu.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi.

Sementara itu, Saroni berkata, program terbabit membuka peluang bukan sahaja kepada penuntut, malah kolej itu sendiri dalam menjalinka­n hubungan industri.

“Kita menghasilk­an graduan yang berkualiti untuk memasuki industri dan memulakan pekerjaan kerana mereka sudah mengetahui situasi sebenar dengan pengajaran dalam kelas, di samping latihan di industri,” katanya.

 ?? [FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] ?? Nadiah (tiga dari kanan), Pendaftar KAYM, Aminalrash­id Mohd Hussain (tengah) dan wakil BH, Azadi Mohd Diah (tiga dari kiri) bergambar bersama pelajar KAYM selepas mengagihka­n kira-kira 1,500 akhbar BH di Melaka, semalam.
[FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] Nadiah (tiga dari kanan), Pendaftar KAYM, Aminalrash­id Mohd Hussain (tengah) dan wakil BH, Azadi Mohd Diah (tiga dari kiri) bergambar bersama pelajar KAYM selepas mengagihka­n kira-kira 1,500 akhbar BH di Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia