Berita Harian

Majikan ‘makan hati’ perangai amah

Dayana Ezrin hadapi pelbagai kerenah 17 pembantu rumah sepanjang lapan tahun

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Tujuh belas pembantu rumah sepanjang lapan tahun memberikan cerita berbeza pada pasangan suami isteri, Dayana Ezrin Jamaluddin, 30 dan Mohd Zamri Zainul Abidin, 35, terutama terpaksa melalui pelbagai ragam dan perangai yang membuatkan mereka ‘makan hati’.

Namun, pasangan ini tiada pilihan, bagi menggaji pembantu rumah bagi menjaga dua anaknya yang berusia empat dan lapan tahun, manakala kedua-duanya sibuk bekerja.

Sepanjang tempoh itu, pasangan itu sudah membelanja­kan lebih RM50,000 bagi pengurusan mendapatka­n pembantu rumah.

Dayana Ezrin berkata, beliau dan suami juga tidak mahu menyusahka­n keluarga untuk menjaga anak yang masih kecil.

Katanya, beliau mula mengambil pembantu rumah selepas melahirkan anak sulung pada 2009 dan sepanjang tempoh itu ada yang melarikan diri selepas dua bulan bekerja.

“Semua mereka berasal dari Indonesia. Saya berhadapan dengan macam-macam kerenah pembantu rumah, antaranya kurang mendengar arahan dan buat kerja ala kadar.

“Dengan kata lain tak pandai buat kerja dan ada yang berpurapur­a tidak pandai. Ada antara amah minta berhenti untuk dapatkan pekerjaan lain yang menawarkan gaji lebih tinggi seperti pembantu kedai. Tidak mahu kes menjadi panjang, biasanya saya akan hantar ke agensi kerana tak mahu mereka lari sebab tidak suka bekerja dengan saya,” katanya.

Tidak hirau kontrak bekerja

Dayana Ezrin berkata, pembantu rumah tidak menghirauk­an kontrak disediakan ejen seperti wajib dua tahun bekerja, sebaliknya ada yang melarikan diri tanpa membawa pasport.

“Berdasarka­n pengalaman saya, kebanyakan amah tidak ikhlas bekerja. Malah, sentiasa mahu mencari peluang mendapatka­n gaji dengan kerja senang. Mereka tidak mahu terikat dengan rutin kerja sebagai pembantu di dalam rumah,” katanya.

Beliau tidak menafikan sebilangan amah itu menjadikan kerja pembantu rumah sebagai tiket atau batu loncatan untuk datang ke negara ini,” katanya.

Kerajaan perlu serius tangani isu

Dayana Ezrin berkata, isu membabitka­n pembantu rumah seakan tiada penghujung­nya, justeru kerajaan seharusnya menangani dengan lebih serius.

Katanya, walaupun sejak kebelakang­an ini, seakan kurang dilaporkan di media massa mengenai kes pembantu rumah melarikan diri, tetapi banyak masalah lain yang membuatkan majikan ‘makan hati’ dengan perangai mereka.

“Dalam keadaan ini, majikan akan rasa tertekan dengan tindakan itu dan masalah bertambah menyakitka­n hati sekiranya amah ini lari.

Ini merugikan kita sebagai majikan yang terpaksa mencari penggantin­ya, tambahan pula kini perlu membayar kos yang amat tinggi jika mahu menggaji pembantu rumah yang baharu,” katanya.

Beliau yang kini mendapat khidmat pembantu rumah warga Filipina, berasa puas hati kerana dilihat lebih berdisipli­n, menjaga dua orang anaknya yang kini berusia empat dan lapan tahun dengan baik, meskipun gaji mereka lebih mahal berbanding amah warga Indonesia.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia, (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kerajaan perlu serius menangani isu pembantu rumah kerana ia memberi impak negatif kepada majikan wanita bekerja.

Katanya, walaupun ada peraturan, denda dan sebagainya seolah-olah tidak membawa erti pada mereka.

Buat aduan ke tribunal

“Dalam menangani hal ini, saya menyaranka­n majikan yang berhadapan dengan isu pembantu rumah termasuk kurang berpuas hati dengan ejen boleh membuat aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang beroperasi di bawah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an.

“Objektif utama penubuhann­ya ialah menyediaka­n saluran alternatif kepada pengguna untuk memfailkan tuntutan ganti rugi secara mudah, murah dan cepat.

“Cuma proses ini memerlukan masa dan menyukarka­n majikan yang rata-rata memiliki anak kecil, di mana sangat bergantung kepada pembantu rumah,” katanya.

Berdasarka­n pengalaman saya, kebanyakan amah tidak ikhlas bekerja. Malah, sentiasa mahu mencari peluang mendapatka­n gaji dengan kerja senang. Mereka tidak mahu terikat dengan rutin kerja sebagai pembantu di dalam rumah” Dayana Ezrin Jamaluddin, Majikan

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pembantu rumah perlu diberi latihan secukupnya dan keikhlasan bekerja ditanamkan dalam diri mereka.
[FOTO HIASAN] Pembantu rumah perlu diberi latihan secukupnya dan keikhlasan bekerja ditanamkan dalam diri mereka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia