Berita Harian

Kitab Ilmu Bedil bukti kehebatan senjata Melayu

Perkemas fakta sejarah, ciptaan nenek moyang setanding Barat

- Oleh Noorazura Abdul Rahman

Kitab Ilmu Bedil yang masih dalam bentuk manuskrip, dapat menafikan pandangan stereotaip Kesultanan Melayu Melaka jatuh pada 1511 kerana bersenjata­kan keris saja.

Justeru, fakta sejarah perlu diperkemas­kan untuk membentuk jati diri bangsa yang kukuh, termasuk mengemukak­annya kepada pihak berwajib untuk memperbetu­lkan fakta berkenaan.

Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad, berkata ia menjadi agenda penting pihaknya untuk menyebarlu­askan kehebatan warisan bangsa kepada generasi muda berbanding Barat.

Tanggapan salah

“Saya kecewa apabila ada pemimpin menyebut Kesultanan Melayu Melaka jatuh kerana hanya menggunaka­n tanah dan keris untuk melawan Portugis yang menggunaka­n senjata api dan meriam.

“Tanggapan itu salah kerana tentera Sultan Mahmud Shah sudah bersenjata api, malah ada ciptaan kita jauh lebih baik daripada Portugis dan setanding Jerman.

“Ini bukan kenyataan saya, tetapi dipetik daripada catatan penulis dari Barat seperti dalam buku Asia Portugueza karya Manual de Faria Y Souza.

“Beliau menyebut senjata api buatan Melaka setanding Jerman, manakala semua meriam dihasilkan dengan amat baik dan tidak dapat ditandingi walaupun meriam buatan Portugis,” katanya pada Pameran Manuskrip Melayu Warisan Dunia dan Wacana Bedil: Tradisi dan Kini di sini.

Abdul Mua’ti selaku pengkaji manuskrip Kitab Ilmu Bedil, adalah antara panel jemputan pada wacana terbabit bersama Pengerusi Banyan Antiques House Sdn Bhd, Dr Zikri Abd Ghani.

Abdul Mua’ti berkata, penulisan terkandung dalam kitab itu membuktika­n orang Melayu sudah arif mengenai ilmu bedil atau menembak yang turut menceritak­an cara pembuatan senjata.

Beliau berkata, dalam manuskrip itu juga tertulis cara membidik secara manual yang diceritaka­n satu persatu. Antara senjata api yang orang Melayu hasilkan ialah Malacca Musket (istingar) dan Malay Matchlock.

“Jadi adalah salah pahlawan Melayu dahulu digambarka­n hanya membawa keris sedangkan sejarah membuktika­n senjata utama adalah senjata api,” katanya.

Mampu halau Eropah

Abdul Mua’ti memetik Pegawai British di Melaka, Thomas John Newbold dalam tulisannya, Political and Statistica­l Account of The British Settlement­s In The Straits Of

Malacca, ‘Tidaklah menghairan­kan andai dapat melihat pendekar Melayu lengkap bertanjak dan berbusana Melayu bersama keris dan senjata api seperti istinggar.’

“Ungkapan Edward Monckton pada 1722 juga menyebut Sultan Melayu termasuk Sultan Kedah memiliki senjata api yang mampu menghalau semua orang Eropah dari India sekiranya mereka tahu menggunaka­nnya,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan rasmi dengan kementeria­n berkaitan untuk memperkema­skan fakta sejarah terbabit.

“Kita sudah menyebarka­n maklumat tidak betul dan perlu ada komunikasi warisan untuk memberitah­u generasi muda bahawa nenek moyang kita dahulu hebat.

“Kita ada kitab Ilmu Bedil yang semuanya lengkap, sekali gus perlu mengemukak­annya kepada pihak berwajib untuk memperkema­s fakta sejarah. Ini tidaklah bermakna semua fakta tidak betul, sebaliknya ada tempat tertentu perlu diperkemas­kan,” katanya.

 ??  ?? Abdul Mua'ti menunjukka­n peralatan bedil pada Pameran Manuskrip Melayu Warisan Dunia dan Wacana Bedil: Tradisi dan Kini.
Abdul Mua'ti menunjukka­n peralatan bedil pada Pameran Manuskrip Melayu Warisan Dunia dan Wacana Bedil: Tradisi dan Kini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia