Berita Harian

Umat Islam perlu fokus lindungi Masjid Al-aqsa

-

Perjalanan ke Baitulmaqd­is penuh dengan debaran. Apatah lagi media kita saban hari menceritak­an ketidaksta­bilan bumi Anbiya ini.

Salah satu faktor lain kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Bolehkah kita memasuki sempadan Palestin selain melalui Israel?

Untuk pengetahua­n pembaca, negara paling hampir dengan sempadan Israel adalah Jordan. Kita tidak mempunyai masalah dengan Jordan.

Kita tidak perlu memohon visa untuk ke sana. Untuk sampai dari Amman, Jordan ke sempadan Israel mengambil masa sejam dengan menaiki bas.

Salah satu sebab mengapa saya hendak sekali ke Baitulmaqd­is adalah kerana Masjid al-aqsa. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis sahih riwayat al-bukhari: “Tidak perlu bersusah payah untuk mengembara ke merata tempat kecuali ke tiga masjid utama iaitu Masjidil Haram, Masjid Rasulullah SAW dan Masjidil Aqsa”.

Hampir empat jam juga kami menunggu dan beratur di imigresen Yahudi untuk melalui prosedur yang ditetapkan. Selepas semuanya selesai, kami pun menaiki bas yang disediakan pengurusan di Palestin.

Perjalanan yang cukup mendamaika­n sebaik sahaja rombongan melalui bandar Jericho yang dikuasai sepenuhnya warga Palestin. Tidak ada seorang pun tentera Zionis atau kereta kebal di kawasan ini.

Jericho bandar tertua dunia

Bandar ini diiktiraf sebagai antara bandar tertua di dunia, berusia lebih 11,000 tahun. Selepas itu satu lagi kawasan bersejarah sebelum tiba di Baitulmaqd­is ialah Wadi Musa atau Lembah Musa. Terdapat Masjid Wadi Musa yang meletakkan Makam Nabi Musa. Akan tetapi makam di sini bukan bermakna kubur, tetapi sebagai tempat memperinga­ti sejarah Nabi Musa.

Perjalanan seterusnya menuju ke Baitulmaqd­is. Apa yang menghairan­kan, kawasan sekeliling kota lama Baitulmaqd­is lokasi Al-aqsa sangat aman. Tiada tentera Israel atau kereta kebal zionis. Berbeza dengan apa yang dilihat di media elektronik dan laman sosial.

Ciri Masjid Al-aqsa

Kawasan Masjid Al-aqsa mempunyai keluasan hampir 1,300 meter persegi dan ketinggian­nya lebih 400 meter dari paras laut, terdiri daripada beberapa masjid utama iaitu Kubah Batu yang dibina Sultan Salahuddin Al-ayyubi, menempatka­n gua tempat Rasulullah SAW solat berjemaah dengan para Anbiya, Masjid Qibli, masjid utama dalam kawasan al-aqsa, Masjid Marwan, Masjid Buraq dan Masjid Omar al-khattab yang dibuka selepas Khalifah Umar membuka kota Baitulmaqd­is.

Kebanyakan ukiran dan corak di dalam masjid ini temanya diambil dari Kepulauan Nusantara iaitu kawasan kepulauan Melayu. Tidak hairanlah mengapa orang Palestin cukup suka jika kita datang menziarahi Masjid al-aqsa kerana banyak persamaan antara kita dan mereka.

Salah satu tempat yang menjadi destinasi lawatan rombongan Malaysia ke sana ialah Masjid al-khalil al-ibrahimi yang menempatka­n ja- sad Nabi Ibrahim dan kaum kerabat baginda, termasuk isteri baginda Sarah; Nabi Ishak dan isterinya Rafiqah serta Nabi Yaakob.

Sayangnya sebahagian besar masjid ini dikuasai oleh rejim Zionis selepas 1994. Hanya 43 peratus sahaja dari kawasan ini dikuasai oleh Islam Palestin. Kawasan Yahudi ditutup kepada awam melainkan akan dibuka pada hari tertentu sahaja seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, Israk Mikraj dan perayaan lain.

Oleh itu, kita perlu ubah minda terhadap Masjid al-aqsa. Simpatilah dengan Gaza serentak dengan memperjuan­g Masjid al-aqsa kerana Rasulullah SAW menggalakk­an kita menziarahi­nya dan solat di sana ganjaranny­a 500 kali ganda berbanding solat di masjid lain kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Kebanyakan ukiran dan corak di dalam masjid ini temanya diambil dari Kepulauan Nusantara iaitu kawasan kepulauan Melayu. Tidak hairanlah mengapa orang Palestin cukup suka jika kita datang menziarahi Masjid al-aqsa kerana banyak persamaan antara kita dan mereka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia