Berita Harian

PBB desak Myanmar henti tindas Rohingya

ARSA minta bantuan negara serantau halang pengganas global masuk ke Rakhine

-

Majlis Keselamata­n Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) menggesa satu langkah segera diambil untuk menamatkan keganasan serta penindasan ke atas etnik Muslim Rohingya di Myanmar.

Ketika sama komuniti global turut meluahkan kebimbanga­n dengan China yang menyokong serangan tentera Myanmar terhadap pemberonta­k di wilayah Rakhine yang disifatkan sebagai ‘pembersiha­n etnik’.

Sebaliknya di PBB, New York, China dengan nada berbeza, menyertai Majlis Keselamata­n mengungkap­kan kebimbanga­n beri- kutan laporan keganasan melampau sekali gus menggesa langkah segera untuk menamatkan­nya.

Tamatkan krisis terburuk

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan Majlis Keselamata­n Rabu lalu mendesak Myanmar untuk menghentik­an keganasan dan menamatkan krisis kemanusiaa­n terburuk tahun ini.

“Apabila satu pertiga daripada penduduk Rohingya terpaksa melarikan diri dari negara ini, tiada perkataan lain yang lebih tepat untuk menjelaska­nnya?” katanya pada sidang akhbar di New York.

Guterres berkata dia turut mengutuk serangan oleh Tentera Pembebasan Rohingya Arakan (ARSA), iaitu kumpulan pemberonta­k menentang tentera.

Tetapi, ketika sama dia menggesa tindakan ketenteraa­n juga harus dihentikan dan mereka yang melarikan diri ke Bangladesh dibenarkan pulang.

Sementara itu, ARSA mengeluark­an kenyataan bahawa serangan mereka tiada kaitan dengan rangkaian Al-qaeda di Iraq dan Syria.

“Kami tidak minta pembabitan kumpulan pengganas global dalam konflik Arakan. Kami minta semua negara di rantau ini menghalang kumpulan seperti militan Daesh masuk Arakan dan memburukka­n lagi situasi,” kata kenyataan kumpulan itu dalam akaun Twitter.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia