Berita Harian

Askar maut letupan bom di Thailand

-

Pegawai polis dan anggota unit pemusnah bom Thailand bergegas membantu rakan sepasukan yang cedera selepas letupan bom di wilayah Yala, selatan Thailand, semalam. Bom tepi jalan dipercayai ditanam oleh kumpulan pemberonta­k turut mencederak­an dua orang awam.

Bangkok: Seorang renjer Thailand terbunuh manakala 20 lagi cedera selepas tiga bom meletup di bahagian selatan di wilayah Yala, awal pagi semalam, menurut agensi berita China, Xinhua.

Bom pertama meletup dekat tiang elektrik kirakira jam 1.30 pagi tetapi tidak mengakibat­kan sebarang kecederaan.

Insiden itu dilaporkan kepada polis sebelum pasukan pengesan bom dihantar ke kawasan kejadian dengan laporan menyebut pemberonta­k menanam bom di tepi jalan.

Malangnya, mereka terbabit dalam letupan kedua serta serangan oleh pemberonta­k, menurut laporan Bangkok Post.

Selepas itu bom ketiga diletupkan ketika pegawai difahamkan hadir untuk memantau kawasan berkenaan.

2 orang awam cedera

Laporan terkini menyebut sejumlah 19 pegawai dihantar ke hospital dan seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia.

Jurucakap Angkatan Keselamata­n Wilayah, Pramote Promin berkata, letupan pertama tidak menyebabka­n sebarang kematian mahu pun kecederaan.

“Letupan kedua mengorbank­an seorang anggota tentera dan mencederak­an 18 yang lain termasuk anggota polis dan dua orang awam.

Kami percaya kumpulan pengganas bertanggun­gjawab terhadap letupan ini,” katanya.

Letupan itu berlaku di Yala, kawasan majoriti penduduk Muslim di bahagian pedalaman. Kumpulan pemisah sudah bertarung sejak berdekad lama dengan lebih 6,500 orang terbunuh sejak 2004.

 ?? [ FOTO EPA ] ??
[ FOTO EPA ]
 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Seorang anggota tentera Thailand yang cedera tiba di hospital.
[ FOTO REUTERS ] Seorang anggota tentera Thailand yang cedera tiba di hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia