Berita Harian

Sarri pertahan keputusan rehatkan Mertens

-

Kharkiv: Sekalipun tewas 2-1 kepada Shakhtar Donetsk, jurulatih Napoli, Maurizio Sarri mempertaha­nkan keputusann­ya merehatkan Dries Mertens atas alasan faktor kecergasan.

Sarri berkata, tindakan menyisihka­n Mertens bukan diambil sewenang-wenangnya sehingga menyaksika­n kekalahan dalam aksi sulung Liga Juara-juara musim ini.

Mertens hanya berada di bangku simpanan dan dimasukkan selepas pasukannya ketinggala­n 2-0. Kemasukann­ya memberi impak apabila pemain antarabang­sa Belgium itu menghasilk­an sepakan penalti yang disempurna­kan Arkadiusz Milik.

Layak diberi kredit

“Sebelum ini saya dituduh tidak melakukan perubahan dan kini saya dituduh dengan banyak perkara lagi,” kata Sarri. “Bukan mudah untuk kami ketepikan Dries tetapi dia juga tidak boleh beraksi sehingga 50 daripada 55 perlawanan setahun.

“Dia baru saja selesai tugasan antarabang­sa, jadi kami putuskan untuk merehatkan­nya. Dia memiliki ciri-ciri tertentu dan bukan mudah untuk kami sisihkan beliau.”

Ketika aksi kurang baik dipamerkan Napoli, jurulatih Shakhtar, Paulo Fonseca tetap beranggapa­n pasukannya layak diberikan kredit.

“Mengenai Napoli, adalah tidak adil untuk saya katakan mereka ambil jalan salah untuk menghadapi perlawanan ini. Daripada pandangan saya, kami sangat bagus untuk menafikan kekuatan yang ada pada mereka,” kata Fonseca. Jurulatih Napoli

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia