Berita Harian

Sudah kembali

-

Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane memberi amaran kepada barisan pertahanan pasukan di Eropah - Cristiano Ronaldo baharu sudah kembali beraksi dan terus meledak dua gol ketika kemenangan 3-0 ke atas APOEL Nicosia, dalam saingan Liga Juara-juara, semalam.

Ronaldo tenang menyempurn­akan hantaran Gareth Bale pada minit ke-12 dan sepatutnya mampu menjaringk­an tiga lagi gol sebelum dia menggandak­an jaringan menerusi sepakan penalti (minit ke-51), dan jaringan ketiga (hatrik) dibatalkan kerana ofsaid.

“Jika dia berada dalam keadaan terbaik, dia mampu menjaringk­an empat gol,” kata Zidane.

“Dia pemain terbaik dunia, dia sentiasa berada tepat pada masanya ketika kami perlukan khidmatnya. Dia sentiasa menjaringk­an gol, kami tahu apa yang Ronaldo mampu lakukan.”

Aksi terakhir

Pemain Portugal ini digantung lima perlawanan domestik kerana menolak pengadil ketika saingan Piala Super Sepanyol menentang Barcelona pada 13 Ogos lalu - dan akan terlepas aksi menentang Deportivo La Coruna, Valencia, Levante dan Real Sociedad.

“Dia adalah pemain penting untuk kami dan saya harap dia akan kekal di landasan kami terpaksa melupakan khidmatnya Ahad ini. Saya harap ini adalah perlawanan terakhir dia tidak boleh beraksi untuk pasukan.

Gol akrobatik

Real begitu menagih khidmat Ronaldo ketika menentang Valencia dan Levante ketika Bale dilihat kurang sesuai untuk beraksi di posisi penyerang tengah dan Karim Benzema pula dilanda kecederaan.

Dalam aksi menentang APOEL, Sergio Ramos melengkapk­an kemenangan bergaya Madrid melalui jaringan gol akrobatik pada minit ke-61.

Kemenangan itu membolehka­n Real melonjak ke kedudukan teratas Kumpulan H, diikuti Tottenham Hotspur, yang menang 3-1 ke atas Borussia Dortmund di Stadium Wembley.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia