Berita Harian

Spurs tamatkan badi Wembley

-

London: Mauricio Pochettino menegaskan, kemenangan Tottenham Hotspur 3-1 ke atas Borussia Dortmund, semalam berjaya menamatkan badi kekalahan pasukan di Stadium Wembley.

Harry Kane menghapusk­an badi Spurs apabila dua jaringanny­a memastikan kemenangan pertama dalam saingan Liga Juara-juara.

Dengan White Hart Lane sedang dibaik pulih, Spurs menggunaka­n stadium nasional itu sebagai venue mereka musim ini, namun ia menghadirk­an berita kurang baik buat skuad bimbingan Mauricio Pochettino.

Ketika beraksi di Wembley, musim lalu, Tottenham tersingkir daripada Liga JuaraJuara dan tewas pada separuh akhir Piala FA. Musim ini, mereka tewas kepada Chelsea dan seri dengan Burnley sehingga menimbulka­n ungkapan yang menyifatka­n Wembley menjadi badi kepada Spurs.

“Saya harap, ini akan membantu kami menamatkan badi dan semuanya. Ia permulaan yang menakjubka­n, dan ia juga menamatkan perkara yang tidak baik di sekeliling pasukan,” kata Pochettino.

Dalam aksi semalam, Son Heung-min cuma memerlukan masa empat minit untuk mencetak nama selaku penjaring. Pemain Korea Selatan itu melakukan gerakan solo sebelum melepaskan rembatan tinggi yang padu menewaskan penjaga gawang, Roman Burki, namun Yarmolenko menyamakan kedudukan pada minit ke-11.

Gerakan sama

Gol kedua Spurs juga dicipta dengan gerakan hampir sama dengan gol pertama apabila Kane menyambut bola hantaran dari kiri, meredah masuk ke kawasan penalti sebelum meledak menewaskan Burki pada minit ke-15.

Kane sekali lagi memastikan sentuhan berbisanya apabila meledak gol keduanya pada minit ke-60.

Selepas tewas lapan daripada 12 perlawanan di Wembley sebelum ini, jaringan Kane itu memastikan pasukannya menikmati detik yang perlu diingati.

Kemenangan ketiga Tottenham di Wembley itu pastinya menjadi suntikan untuk layak pusingan kalah mati sebagai wakil Kumpulan H, yang turut disertai juara bertahan, Real Madrid dan APOEL FC.

“Ia adalah kemenangan penting dan kami cukup gembira. Di babak kedua, kami meningkatk­an tahap permainan. Ia lebih bermakna daripada tiga mata,” kata Pochettino.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia